Kos Bercuti ke Ho Chi Minh

Assalamualaikum…..terima kasih buat saudara Kamaruddin di atas soalan-soalan anda itu. Saya akan jawab mengikut pengalaman dan  pengetahuan saya sendiri. Apapun kena rajin-rajin google…sebab tak semua pengalaman serupa. 

Screenshot_2014-10-14-21-38-00

Jika mahu ke Ho Chi Minh, lebih baik pergi sendiri atau dengan pakej tour guide?

Jawapan untuk soalan yang pertama :  

Mengikut pengalaman sendiri, biasanya saya akan google dan tengok pengalaman-pengalaman orang lain terutama blogger yang suka bercerita pengalaman dorang dalam blog dorang. Macam Ho Chi Minh ni…kebanyakkannya pergi sendiri. Sebabnya lokasi hotel amatlah dekat dengan tempat shopping seperti Ben Thanh, Saigon Square, Taka Plaza, Malaysian Street & Ben Thanh Nigh Market.

Bagi pendapat saya sendiri, lebih bagus pergi sendiri. Lebih jimat dan ikut suka nak buat apapun. Lagipun ini tempat shopping. Anda memerlukan banyak banyak. Jika dengan tour guide mungkin masa anda terikat. Cari hotel yang berdekatan dengan Ben Thanh Market. Pasal makan jangan risau. Ada 2-3 kedai makanan Halal di sekitar Ben Thanh. Sehari 2-3 kali pun makan kedai yang sama pun takpe sebab sedap tapi mahal skitlah. Kalau nak jalan kaki pun senang sebab antara satu tempat ke tempat yang lain taklah jauh sangat.

Jangan risau tentang keselamatan di Ho Chi Minh jika anda pergi sendiri. Sangat selamat cuma harus sentiasa berhati-hati jek…Kami yang kaum Hawa ni dah cuba keluar pi pasar malam jam 11.00 malam…keadaan masa tu sangat selamat sebab masih masih orang. Takdepun nampak orang giler ke mabuk ke….jalan je laju-laju….hehehehehehe…

Tapi kalau anda tiada kenyakinan untuk berjalan sendiri…boleh je ambil tour guide. Pada yang ada anak kecil atau orang berusia, digalakkan ambil tour guide untuk memudahkan urusan anda di sana. Yela….takdelah tercari-cari tempat makan atau transport…semua disediakan….

Jika anda ingin menggunakan khidmat Tour Guide di Ho Chi Minh, anda boleh contact kawan saya di sana. Boleh PM Mohd Syukri melaui FBnya.

Berapa kos percutian ke Ho Chi Minh? 

Jawapan untuk soalan yang kedua :

Tiket Flight (MAS) RM556.00
ERL (2 way) RM70.00
Hotel 3H2M (kongsi 2 og) RM302.75
Pakej ke Cu Chi Tunnel RM50.00
Transport ke Hard Rock (2 way) RM8.00
Transport airport HCM ke hotel (2 way)* RM50.00
Duit Makan (3H2M – Lunch + Dinner) RM150.00
Duit Shopping Suka Hati 🙂
Jumlah keseluruhan (tidak termasuk duit shopping) RM1,186.75

*ada adjustment skit

Jelas tak? Hehehehehehe….pandai-pandai cari tiket murah tapi selalunya yang murahpun around RM500++ samada naik AA atau MAS. Kalau ada lebih murah lagi best…..

Hotel tu ada je yang bawah seratus….cari je kat agoda. Nak senang cari area Ben Thanh Market….senang nak shopping. Boleh jalan kaki je..Boleh ulang alik shopping pastu hantar barang kat hotel…pastu sambung shopping. Tapi kalau anda beli banyak barang…kebanyakkan kedai di Ben Thanh Market menyediakan khidmat penghantaran secara percuma dan selamat. 

Pasal transportation disana, anda digalakkan mencari teksi Vinasun. Mostly, pelancong Malaysia memilih teksi Vinasun sebab ianya lebih dipercayai berbanding teksi lain. Dengan syarat naik teksi yang betul-betul. Sebab saya dah terkena…mamat tu tunjuk nametag dia sebagai teksi Vinasun tapi van mamat tu putih je macam van sapu. Sebab apa saya kata saya kena tipu…sebab tambang masa balik naik teksi Vinasun jauh beza…..Tapi kadang-kadang ikut nasib gak….kalau nak terkena…terkena jugak. Untuk kepastian, bila dapat teksi…terus je tanya berapa harga ke lokasi yang anda ingin tuju. Kalau berbaloi…silakan naik. Kalau agak-agak mahal cari teksi lain….. 

Jika anda berminat mahu ke Cu Chi Tunnel atau Sungai Mekong, ambil je pakej di sana. Selalunya hotel-hotel disana menyediakan pakej tersebut. Sayapun ambil pakej dari hotel. Ataupun anda boleh tanya peniaga-peniaga di lorong Malaysian Street. Kebanyakkannya mereka adalah orang islam dan fasih berbahasa melayu. Dan ada di antara mereka menyediakan pakej Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel.

Nota Tambahan : Penggunaan wang di Ho Chi Minh.

Anda bebas menggunakan matawang Dong, USD ataupun Ringgit Malaysia. Ketiga-tiga matawang ini boleh digunakan di Ho Chi Minh. Berdasarkan pengalaman saya sendiri ek (takut nanti ada orang salahkan saya pulak)….lebih baik anda bawak duit Dong dan Ringgit Malaysia saja. Tak perlu tukar USD. Harga USD dan Ringgit Malaysia tidak banyak beza. Tak payah pening-pening nak tukar duit banyak jenis. Duit shopping guna Ringgit Malaysia jek. Tukar matawang Dong hanya untuk teksi dan makan.  

Sekian, laporan dari akak gorjes. Di harap saudara Kamarudin berpuas hati ek. Kos saya nipun berdasarkan ditanggung oleh bos. Kalau kos saya tanggung sendiri…sudah pasti lagi murah…hehehehehe…kalau nak tanya apa lagipun boleh je. 

Tips tambahan : Boleh tukar wang Dong di Malaysia ataupun di Vietnam. Lebih baik tukar di negara sendiri kan…negeri orang ni takut ditipu je…

Psttttt >> Dapatkan Tiket Murah Ke Tempat Impian Anda Disini

33 thoughts on “Kos Bercuti ke Ho Chi Minh”

  1. As Slm
    Baru booked flight 5 pax untuk 23-27 Feb 2016 free seat ++++ dpt RM754.50 via AA. Tak sabar dah ni nak ke HCM. Tengah gigih baca laporan2 blogger pasal HCM walaupun setahun lagi nak pegi. Moga sihat dan panjang umur.

  2. saya rasa pergi sendri lg jimat kn
    di sana boleh pilih tmpt nk pergi
    boleh cadangkn tmpt yg slalu pergi
    sg mekong tmpt wajib
    jauh x dr hotel di bdr hcmin
    kos

  3. Assalamualaikum..

    hai awak… tq sgt..byk info sy dpt..InshaAllah.. lg smggu nk berangkat ke HCM….just nak ty.. agak2… brapa ye suggestion nk tukar duit dong.(untuk makan n Teksi). kalau gi dlm 5H 4M…
    dan boleh x share itinerary penuh awak ke sana…sy sgt suka la info2 yg awak share ni…. tq
    hehehehe

    1. Waalaikumusalam….sori bg respon lambat…bz raya…hehehehe…

      Kalau pi 5H4M :-

      Makananan kat sana agak mahal (ni bajet makan plg mahallah ek) RM25 (makan + air) x 2 (siang + mlm) x 5H = RM250
      Teksi (kalau naik reramai jimat skit dan ikut destinasi gak) = RM150
      Saya tukar duit VN ritu dalam 1K gak…byk guna utk shopping..

      Itenary cacamerba 🙂

      harab dapat membantu…apa2 boleh ty saya lg

  4. Maaf mencelah

    Muslim Pakej Ho Chi Minh. All In Board
    3 Hari 2 Malam RM 1190.00
    4 Hari 3 Malam RM 1320.00

    Bawa Duit Shopping sahaja

    lawati Instagram azhar mogo #azhar mogo

  5. Slmat ptang kak,nk tnya klau cari hotel dekat sana (cri sendiri) kena bayar guna MYR or VN . Saya bercadang pergi 2016 ni x tau lagi bulan bpe nk gi..hehehe

  6. Slmat petang kak, Saya nak tnya skit klau nak cari hotel dekat sana (cari sendiri) kena bayar guna MYR or VN ? Ingat nk gi hcm 2016 ni x tau lagi bulan bpe nk gi..hehehe

    1. Saya booking melalui Agoda.com ..guna RM. Mula2 search dulu hotel yg mana kt berkenan. Kebanyakan hotel terima duit Dong atau Dolar. Duit Malaysia tak pasti. Tapi kalau sopping…RM memang diterima kecuali ada 2-3 tempat dorang cuma nak DOng & Dolar je

  7. Salam Alin. Nak tanya, package ke Mekong-RM125 & Chu Chi-RM100, mahal ke murah? Nk travel blh Mac 2016. Txs.

  8. assalam,,sy nak bertnya,msa pergi sna duduk hotel mna yer,dan boleh tak nak tahu tour guide ape yg amik? terima kasihh… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge