Projek Masak-Masak

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Pakat dengan geng masing-masing bawak beras, gula, cili dan bahan masak yang lain….pastu lepak depan umah aku bawah pokok rambutan. Guna kayu ranting jadikan dapur, terus main masak-masak. Agak-agak nak sedap…aku suruh nenek (nyangi) aku masak nasi goreng untuk kami. Kenangan indah permulaan masak. Zaman tu mak aku guna dapur minyak tu…bahaya kalau tak pandai pasang. So, tak berani guna dapur mak aku…

Aku ni bukanlah kategori ‘rajin’ masak sangat. Masak ikut mood je. Masak pun bila weekend je. Selalu balik keje, singgah umah mak…mak dah masakkan. Sayang mak. 

Sabtu lepas, bila Fita (kawan kelas aku masa kat SMBG) pelawa nak belajar buat nasi kerabu. Ok je jawapan aku. Aku memang suka sangat nasi kerabu. Kat area Jalan TAR ni, ada satu gerai Nasi Kerabu kat lorong KWSP tu. Dari zaman aku anak dara sampai sekarang…dari harga RM2.80 sampai sekarang RM4.00….makcik Nasi Kerabu makcik tu still mantap.

Kami berlima je yang pi umah Fita. Aku, Lily, Mona, Iwan dan bini dia. Bagus bini Iwan tu…pandai bergaul dengan kami yang giler-giler ni….

Kami datang lenggang kangkung je…Semua bahan Fita dah sediakan…siap tapau lagi  🙂 

IMG_20141011_155735

Jeng!Jeng! Fita…aku dah tunjuk dapur cantik kau ni…..

Yang baju turqoise tu Fita. Hari ni dia jadi cikgu main masak-masak kami. Yang baju coklat ayu tu, bespren aku dari kecik, Lily dan yang baju hitam tu, Sharifah Mona…dia lagi power bab masak ni. Sapa cari catering boleh cari Mona ek….

Hari tu, Fita ajarkan kami cara masak nasi kerabu, cara buat solok lada dan cara buat sambal tumis. Kawan aku Fita ni bukanlah orang Kelantan, tapi dah kahwin dengan orang kelantan terus pandai buat nasi kerabu.

20141011_161237

Aku macam biasa jadi tukang tulis resepi ler….tukang snap gambar, si Iwan lah….Dia datang bawak bini suruh bini belajar buat nasi kerabu walaupun bini dia orang kelantan.

20141011_155606

Antara bahan utama nasi kerabu….ikan sardin direbus dan diramas sahaja….

20141011_160345

Bahan wajib Nasi Kerabu…

20141011_155931

Bahan utama untuk Solok Lada…….senang je buatnya…aku selalu bayangkan susah sangat…

20141011_164425

Budu ke Pati Ikan Bilis ni….konpius mak….

20141011_155345

Cikgu Fita sedang menunjukkan cara membuat Kerisik Kelapa……macam buat kerisik nak masak rendang tu…

20141011_160018

Sementara tunggu serunding masak, Puan Mona kita sambil dilihat oleh Puan Lily membelah cili. Buang biji cili tu ye….

20141011_161753

Sumbat segala bahan yang diblender tadi kedalam cili tu….sumbat banyak-banyak pun takpe….

20141011_163313

Solok Sada dalam proses dikukus….

20141011_164430

Dalam banyak-banyak geng lelaki kami, si Iwan ni jelah yang rajin nak join kami main masak-masak. Tapi bukan nolong pun…dia suruh bini dia yang tolong…..dia jadi mandor je…

20141011_165934

Siap dah bahan-bahan kerabunya…..

10612722_10203671911176482_6565905455850052759_n

Nasi kerabu pun siap….

20141011_163237

Cikgu Fita siap sediakan deser Puding Karamel lagi untuk kami….sayangggg ketat-ketat Cikgu Fita….. 20141011_170055

Kami lima sekawan. Aku dengan Lily memang bespren dari kecik. Yang lain tu kawan cam suam-suam kuku je masa sekolah dulu. Tapi sekarang ni dah jadi bespren forever and ever. InsyaAllah. Lagi best kalau ada Azim, Ijam Toman, Ijue, Dila T, Farid, Fazli, Not, Tini, Salina….mesti lagi havoc…. 

Jutaan terima kasih buat Cikgu Fita sebab sudi menaja lokasi dan makanan sekali. Segala ajaranmu tersemat di dada kami. Nak buat tu tak taulah bila agaknya….hehehehehehe…..

Petua Masakan Akak Gorges : Selalu kalau potong cili, mesti tangan kita akan rasa pijar…. Petua yang aku tahu selalunya ramas dengan gula atau beras. Petua baru yang aku dapat dari geng masak-masak aku ni ialah bila tangan kita rasa pijar, peganglah tangan orang lelaki (yang muhrim je ek)….InsyaAllah…akan hilang rasa pijar tangan anda tu… 

9 thoughts on “Projek Masak-Masak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge