Medal Pertama

Anak-anak aku..sorangpun tak ikut aku…masa sekolah rendah aku memang kaki sukan. Lari pecut..lari baton..lari ganti-ganti…tu semua kacang je bagi aku. Kalau tak no. 2…mesti dapat no. 1. Cikgu siap nak hantar pi latihan kat sekolah sukan lagi tapi mak aku tak bagi sebab faktor kewangan. Dulu nak beli tracksuit pun bukan main susah waima beli kat¬†pasar malam. Naik sekolah menengah, aku dah tak aktif sukan kecuali bola jaring atau bola tampar…tupun jadi pemain simpanan jek…Macamana nak aktif sukan…korang bayangkan..belum lari lagi..dah bertenggek-tenggek budak-budak lelaki menunggu kat depan. Adoiii…tak rela mak nak larik depan dorang tu….

Balqis ataupun Qayyum….lagilah dorang tak aktif dalam sukan. Bukan aku tak galakkan…sekolah sekarang lain kot…cikgu tak paksa sangat kalau tak masuk sukan. Tak macam zaman aku sekolah dulu….semua kena masuk sukan kecuali yang ada sakit. Nak tak nak…kenalah masuk sukan atleast 1 sukan….

Balik semalam..Qayyum tunjuk dia dapat medal. Medal emas plak tu…..Memang dari darjah 1 sampai sekarang…aku tak bagi Qayyum join sukan sekolah. Aku siap tulis surat kat cikgu sukan qayyum tapi still qayyum ni degil gak. Aku cuma risaukan kaki kanannya je. Memandangkan keadaan kakinya yang belum betul-betul pulih…aku memang tak bagi dia join sukan. Ikut kata doktor dia….boleh je nak lari-lari sampai qayyum rasa sakit sendiri…Daripada dia menanggung sakit lagi…lebih baik tak payah aktif.

IMG_20141027_193855

Walaupun cuma masuk sukan pundi kacang…Mama tetap bangga dengan usaha dan kecekalan adik. Bila dia tau aku upload gambar medal ni…terus Qayyum sorokkan medal ni..Motif? Malu kot….

Adik….Mama rasa bangga sangat dengan adik hari ni tau…walaupun dalam hati Mama tak suka adik aktif sangat. Apa pun yang adik suka Mama akan sokong. Mama sayang adik…..

6 thoughts on “Medal Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge