Resepi Mudah Mangga Asam Boi

Amboiii…korang…pantang aku upload kat FB…terus korang mintak buatlah…mintak rasalah…mintak resepilah….Alahai….buat ni kacang je….senanglah sangat-sangat…Takyah gatal-gatal nak order-order kat aku ek…buat sendiri lagi berbaloi….

Tunggu aku tanam pokok mangga 50 batang, baru aku buat bisnes Mangga Asam Boi Gorjes 🙂

Sebenarnya, aku selalu je buat tapi Mangga Cili Padi 🙂 Benda tengah famous amous ni…haruslah cuba buatkan….

Mangga Asam Boi ni memang tengah #viral kat Malaysia sekarang ni. Kecur-kecur je air liur menengoknya kan. Aku memang kategori hantu asam. Mengandung ke idak ke memang tak boleh tahan nafsu bila tengok asam-asam ni…Sekarang ni menurun kat Qayyum. Selalunya orang lelaki tak suka benda-benda masam ni….Qayyum memang boleh geng ngan aku…hehehehehe…

Kebetulan pokok mangga pelam depan umah aku dah berbuah…apa lagi…kasi Mangga Asam Boi lah……

IMG_20141025_164805

Alhamdulillah, memang setiap tahun pokok mangga apple depan umah aku tu membuahkan hasil yang bagus. Akukan jarang balik umah sendiri…sampai jiran sebelah siap agih-agih kat jiran lain sebab tak lalu nak makan dah. Ini tahun, aku rembat semualah…hahahahhaha…..

IMG_20141026_184700-001

Resepi Mudah Mangga Asam Boi dari Akak Terkesan. Bahan-Bahannya ialah Mangga (boleh guna mangga apapun…tapi paling sedap ialah mangga apple) + Gula + Garam + Cili Padi + Asam Boi (digalakkan guna asam boi putih…kalau asam boi merah nanti haru biru warna Mangga Asam Boi korang :))

Mula-mula potongkan buah mangga ikut citarasa korang. Masukkan dalam bekas. Kemudian, masuk gula dan garam secukup rasa. Masukkan cili padi yang diketuk sedikit (nak hiris pun boleh) dan akhir sekali masukkan asam boi. Goncang/kacau….kemudian letak dalam peti ais selama 4-5 jam baru terasa kesedapan Mangga Asam Boi tu.

Pesanan : Tak perlu letak air sebab buah tu pun akan berair sendiri nanti…..

page

Aku buat 2 version. Satu Mangga Cili Padi. Satu lagi Mangga Asam Boi 🙂

Senang kan? Kalau korang kata susah memanglah korang lagi malas dari aku kan….hehehehehe…..

Aku tengok, orang dok jual kat online…sungguh laku Mangga Asam Boi ni….tapi kesian jugak kat sedara aku sorang ni. Dahlah ngandong…terliur nengok orang dok posting kat FB…Udah beli tertipu katanya…akupun kesian menengoknya, hulur sebekas kat dia. Mudah-mudahan buncit dia beralih kat aku jugak…hehehehehe….amin.

Dah!!korang pi cari buah mangga tu cepat-cepat…buat sendiri lagi best…sapa gatal nak order kat aku gak…aku charge mahal tau…ada berannn???

Selamat mencuba 🙂

13 thoughts on “Resepi Mudah Mangga Asam Boi”

  1. Hi,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.

    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

      1. Hai,

        Anda boleh kumpul points dan tebus kepada tunai. Anda akan dapat points setiap kali anda post resepi atau tips. Anda juga akan dapat points kalau invite kawan2 guna referral link anda. Memang menarik 🙂
        LetsMasak recently posted..Biskut Tiramisu SimpleMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge