Ikan Laga

Aku tak tahu macamana tetiba hero hensem aku ni boleh minat dengan Ikan Laga. Memang dah 2-3 hari dia ada cakap nak beli ikan laga dengan cikgu. Bijak cikgu sekarang kan? Bijak cari bisnes dengan anak-anak murid. Sekor Ikan Laga berharga RM5.00….

Tapi takpelah kalau dia minat dengan hobi baru dia. Lupa skit game-game dalam ipad dia tu….

Bila Pak Rashid tengok Qayyum bawak balik ikan laga tu….diapun naik syok ngan hobi baru Qayyum tu. Terus gi kedai ikan. Terus beli 2 ekor lagi ikan laga. Ikan Laga + Bekas cuma RM5.00 jek….lepas ni, Qayyum plak bukak bisnes jual ikan laga dia.

20141030_221149-001

Memang sayang betul dia ngan ikan laga tu…balik sekolah mesti tengok ikan laganya. Pantang Zara sentuh, marahnya sampai ke petang. Biasalah anak buah aku nan sorang tu, segala keropok ke biskut ke dia masuk dalam bekas ikan tu…hanginnya member…hehehehe…

Anak bujang aku ni memang pantang orang usik barang dia. Penjimat orangnya…kedekut ada gak kekadang tu….

20141030_221218-001

2 bekas tu Pak Rashid tambah beli lagi. Yang dalam bekas minuman tu yang dibelinya kat cikgu sekolahnya.

20141030_221121-001Sebenarnya best jugak tengok ikan laga ni. Rasa tenang sebab dorang cantik sangat…..Nak jaga dan bagi makan pun kos tak mahal….

 

Info tentang Ikan Laga atau Pelaga :

Ikan Pelaga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan dengan ikan lain. Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air tawar yang dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.

Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai).Selain itu ikan pelaga juga dikenali dengan nama ikan laga.

sumber : wikipedia

21 thoughts on “Ikan Laga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge