Nasi Vanggey Ipoh di Seksyen 19, Shah Alam

2-3 menjak ni asyik mengidam masakan maplay je. Minggu lepas dah makan Nasi Daun Pisang…minggu ni moh pekena Nasi Vanggey atau Nasi Ganja pulak….

Aku memang tak pernah makan Nasi Vanggey ni. Nasi Vanggey atau Nasi Ganja ni popular belah-belah utara dan kedai paling popular kat bandar Ipoh. Tak pernah pergi pun. Sekarang, tak payah nak pergi jauh sampai Ipoh lagi kalau nak pekena Nasi Vanggey. 

IMG_20141109_161207

Adik Moon yang mengidam sangat nak makan Nasi Vanggey ni. Dua hari berturut-turut makan Nasi Vanggey. Memang kena dengan nama Nasi Ganja tu. Sekali makan mesti gian nak makan lagi.

Restoran Vanggey Ipoh ni terletak di Seksyen 19, Shah Alam (alamat lupa nak mintak). Memang agak ke dalam sikit kedainya jika tak berapa familir dengan jalan Shah Alam ni. Line tepon langsung hancus…..

IMG_20141109_154129

Nilah rupanya Nasi Vanggey. Kari dia memang menyengat sungguh. Peria diapun sedap. Tak mahal pun kalau hidangan macamni cuma RM6.50.
20141109_154253

Kebetulan Makcik aku datang rumah ngan anak-anak dia. Kamipun angkut sekali pi makan Nasi Vanggey. 

Kalau korang teringin nak makan Nasi Vanggey macam aku…korang gi je Nasi Vanggey Ipoh kat Seksyen 19, Shah Alam tu. Tak perlu jauh sampai ke Ipoh. Makan sekali pasti makan gian nanti…..

Lepas makan, kena kempiskan perut. Kebetulan Pak Rashid sibuk keje…aku bawak anak-anak aku bersama Poksu Fariznya ke Paradigm Mall. 

IMG_20141109_17182520141109_183816

Happy Always 🙂 Tadaaaaa

13 thoughts on “Nasi Vanggey Ipoh di Seksyen 19, Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge