Persiapan Majlis Berkhatan Qayyum

Assalamualaikum…..seminggu tak menulis. Naik kematu jari jemari akak gorjes tau….rindu nak blogwalking…rindu nak tau cerita baru korang…pendek kata rindu semualah….

Memang November dan Disember tahun ini sangat mencabar. Diriku begitu berharga…sibuk sepanjang minggu. Minggu lepas…aku baru habis berhempas pulas untuk persiapan kenduri berkhatan untuk anak bujang ku nan sorang tu, Firhan Qayyum. Baru nak buat kenduri bersunat mengalahkan menyambut menantu….kekekekeke….

Memang aku excited sangat sebab dalam #MatusanFamily….baru pestime keturunan anak lelaki nak bersunat. So, semuanya over exciting. Macam-macam nak fikir…nak buat…

Aku buat keputusan nak buat kenduri kat kampung aku (macamlah kampung sangat ko jahhh). Sungai Buloh is kampung gak hokey…..hehehehe….Saja buat kenduri rumah mak aku…luas sikit. Pada awalnya, nak suruh catering masak semua lauk je…tapi mak aku kata…biarlah 2-3 lauk dia nak masak sendiri dengan bantuan Mak Ngah dan Cik Ton serta assistant yang lain. Kalau amik catering…taklah penat sangat dan taklah banyak mengemas kan…

20141102_203711

Pada awalnya aku dok terfiki-fikir…nak bagi apalah kat tetamu nanti. Nak bagi sejadah kecik…bajet tinggi plak. Akhirnya, aku niat nak sedekah surah Yassin je. Moga-moga sapa yang baca, Firhan Qayyum dapatlah sedikit keberkatan. InsyaAllah..

20141107_222023

Dah letak Yassin dalam bekas organza ngan air kotak…cantik plak kan…hehehehehe…

20141107_215423

Isi dalam beg ni sama je…cuma aku tambah keropok. Mula-mula dah beli beg ni kat Kaison. Tapi tak cukup plak…..tu yang tambah ngan bekas organza…

20141107_214702 20141101_143635 20141101_184412 20141101_180546 20141101_180520 20141101_174630

20141101_184234

Untuk goodies bag budak-budak plak…aku bubuh jajan je…pastu aku wrapping dalam pastik pastu ketip je ngan kertas keras yang aku dah tampal dengan wrapping gambar kereta kartun kegemaran Qayyum…semuanya DIY by Mrs Little Voice 🙂

20141116_112228

Candy Buffet yang tak berapa nak candy…hehehehehe..

20141116_112224Photobooth jugak disediakan……

Macam anak nak kahwin kan? Nasib baik banyak penaja…..ok…nanti sambung cerita kenduri plak….

p/s : Lepas habis kenduri anak, sibuk kenduri adik ipar dan family day opis aku plak…huhuhuhuhu….akak gorjes capekkkkk….

4 thoughts on “Persiapan Majlis Berkhatan Qayyum”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge