Majlis Berkhatan Firhan Qayyum (Part 1)

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi. Majlis Berkhatan Firhan Qayyum berakhir dengan sempurna walaupun banyak drama berlaku. Biasalah anak bujang aku nan seorang tu. Banyak ragam. Banyak kerenah. Banyak songeh. Apa yang paling ditakuti…takut dia tak mahu naik pelamin je..

Mesti ramai tertanya-tanya…pehal pulak anak aku yang baru 10 tahun tu dah naik pelamin kan?hehehehehehe…..

Memang tradisi keluarga #ibclan. Bila nak sunat je buat kenduri sikit pastu bersanding macam nak kawin. Tapi tak semua yang buat. Aku buat cuma ingin kekalkan tradisi. Saja seronok-seronok. Dulu punya lagi best kot…budak-budak siap kena julang lagi….hehehehehe….

20141116_103107

Permulaan majlis dimulakan dengan kumpulan marhaban mak aku….20141116_102007

Kumpulan Muslimah Paya Jaras. Semua geng mak aku nie….wajib kena panggil…sebabkan kesibukan diorang jugaklah, aku terpaksa adjust cepatkan masa nak buat kenduri ni.

IMG-20141124-WA0022

Ketibaan Pengantin Cilik. Sebelum ni dah banyak drama berlaku. Dengan Qayyum buat perangai…taknak pakai sampinlah…puaslah pujuk nanti tengok wayanglah….Nasib baik jugak pengantin perempuan tu tak banyak ragam…excited lagi adalah….

20141116_133047

Masing-masing tengah malu…wakakakakakaka….sib baik ada kompang dari Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni..kalau takde…lagilah haru biru…

IMG-20141124-WA0020Dah macam kahwin paksa bebudak nie….sorang ke hulu…sorang ke hilir…puas adjust….hehehehe….

IMG-20141124-WA0018

Giler comel semuanya kesayangan mamalong nie……teringat zaman kecik-kecik dulu…bila ada orang kahwin kat rumah arwah nenek…mesti kami sepupu sepapat pun sibuk main kahwin-kahwin….:)

IMG-20141124-WA0019

Tengok anak aku…dah mula buat muka tak puas hati….. 20141116_133923

Terima kasih tidak terhingga buat anak-anak yang main kompang dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

Terima kasih buat Azie Maziah selaku Wedding Planner & Make up Artist dari Ratu Mahligai Eksklusif yang sudi menaja make up, baju, pelamin, red carpet, photo booth dan Candy Buffet. Sesiapa yang berminat nak pelamin untuk Majlis Berkhatan, boleh hubungi Ratu Mahligai Eksklusif.

p/s : lepas ni bermula lagi satu episod drama baru bebudak ni…huhuhuhu…

6 thoughts on “Majlis Berkhatan Firhan Qayyum (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge