Majlis Berkhatan Firhan Qayyum (Part 3)

Masih belum berakhir entri aku pasal kenduri sunat Qayyum. Aku kan suka reka cerita step by step. Al maklumlah…selalu kekeringan idea….dengan cara ini…bolehlah entri aku keluar setiap hari…hehehehehehe…harap anda tidak jemu membaca karangan mengarut aku ni ek….

Kali ni aku nak cerita kawan-kawan yang sudi datang ritu….

Tak sangka Kak Yon sudi datang rumah Alin. Mak Alin sukalah tu ada kawan baru…hehehehehe….

Terima kasih Kak Effa dan Kak Wani sudi datang. Persahabatan dengan Kak Effa pun sudah terjalin lamanya. Sayang akak berdua 🙂

Kawan sekelas 5A2 di Sekolah Menengah Bukit Gading. Terima kasih Kak Sal dan Mona sudi datang….

Dua-dua kawan baik aku dari sekolah rendah lagi.  

Terima kasih Abang (Fazli), Fita, Salina, Mona, Lily, Ajim & Iwan sudi datang. Tak sangka yang dulu tak rapat tapi sekarang makin rapat. Terima kasih korang. Paling terharu Iwan. Sanggup tahan sakit semata-mata nak datang kenduri aku. Esoknya terus Iwan kena tahan sebab buasir. Sayang korang ketat-ketat 🙂

Ramai yang kagum dengan nilai kerapatan keluarga #IBClans. Memang antara kami makcik, pakcik dan sepupu sangat rapat. Tipulah kalau aku kata kami tak pernah gadoh. Selalu sangat gadoh. Dari kecik sampai ke besar. Tapi itu semua rencah pahit manis nilai sebuah ikatan persaudaraan. Semua itu mematangkan kami. Membuat kami lebih rapat dan merasai pahit maung kehidupan. Prinsip #IBClans, kalau masuk keluarga #IBClans…kenalah ikut cara kami yang gila-gila remaja ni. Kalau tak suka dengan cara kami, belajar-belajarlah suka.  

Terima kasih buat saudara mara, ipar duai, jiran tetangga dan sahabat handai kerana sudi datang ke Majlis Berkhatan Firhan Qayyum. Pada yang tidak dijemput, maafkan saya kerana kekurangan bajet 🙂 Ada rezeki bertemu lagi.

Tajaan :-

Pelamin : Ratu Mahligai Eksklusif

Makeup Artist : Azie Maziah dari Ratu Mahligai Eksklusif

Photobooth & Candy Buffet : Ratu Mahligai Eksklusif

Photo : Click Click Studio Photography

Ehsan Foto : Eika Zalikha dari  Click Click Studio Photography

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge