Majlis Perkahwinan Nieja & Nazri

Tak menyempat nak buat entri auto publish. Bukan apa, otak tepu. Tak de idea nak karang ayat…hehehehehehe…

22 & 23 November lepas, berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar aku yang ke 8. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Nasib baik mak mentua den amik katering. Kurang sikit penat lelah yang masih berbaki ni….

Adik ipar aku yang perempuan. Adik Pak Rashid yang nombor 8 dari 10 beradik. Tinggal 2 je lagi adik lelaki yang belum kahwin. 

Malam berinai…Keluarga besar mentua aku. Menantu perempuan baru yang 2 tu je (aku dan biras aku)Adik beradik Pak Rashid bersama adik dan abang ipar. Kalau muka sepesen je tulah adik beradik Pak Rashid 🙂

Ini adik Pak Rashid yang nombor 6….

Masa zaman aku bertunang dulu, aku rajin bawak Nieja ni ke rumah mak aku. Adik-adik aku pun kenal sangat ngan adik ipar aku ni….
Bertambahlah adik ipar Pak Rashid. Aku pulak menunggu 2 lagi biras…hehehehehe..

Keluarga mentua aku memang ramai. Sekali balik umah mak mentua aku, penuh satu rumah. Dan aku bernasib baik sebab mak mentua aku memang sporting walaupun kami jarang balik. Pak Rashid kan sibuk mengalahkan menteri…kekekekeke…. 

Alhamdulillah semua majlis berakhir dengan jayanya walaupun kami tak tolong apa sangat. Maklumlah…katering…semuanya settle cepat. Selamat Pengantin Baru buat adik iparku yang comel, Nieja & Nazri. Sorry tak dapat attend wedding belah lelaki sebab akak iparmu sibuk dengan Family Day opisnya. Semoga kekal hingga jannah. Jangan selalu gadoh. Gadoh manja je boleh tau…hehehehehe….

 

2 thoughts on “Majlis Perkahwinan Nieja & Nazri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge