Family Day HSK di Grand Lexis (Part 1)

Hampir 12 tahun opis aku tak buat Family Day kot. Last buat tahun 2002 di A’ Famosa, Melaka. Masa tu aku belum join HSK lagi. Dari 2003 sampai ke 2014, barulah ada Family Day untuk staff. Itupun sebab staff dah bising-bising (kot).

Aku adalah salah seorang komiti yang bertanggungjawab dalam menjayakan Hari Keluarga HSK. Seramai 7 orang komiti dilantik dan dibahagikan mengikut tugas masing-masing yang diketuai oleh Encik Helmi Hamzah (bos department aku). Hampir 300 orang termasuk keluarga dan tetamu terhormat yang perlu kami ambil pusing.

Hampir 6 bulan kami bertungkus lumus untuk menyiapkan segala tugasan HSK Family Day 2014 ni….itupun masih kelam kabut…maklumlah…dah lama tak buat event kan…hehehehehe….

Setiap staff akan mendapat 2 helai t’shirt seisi keluarga. Satu warna kuning dan satu lagi warna ungu. Beberapa staff diberi tugas untuk membantu komiti yang bertugas. Itulah bestnya HSK, semua ringan tulang kan….. 

Tapi dugaan betul pasal baju-baju ni. Ada yang salah saiz…ada yang salah ejaan nama…pening kepala para komiti dan settlekan masalah ni. Nasib baik staff yang lain dapat bantu gak…

Doorgift untuk malam dinner nanti. Mug dan frame gambar untuk staff HSK.

Persiapan mengikat baju memasing…..

Hadiah untuk lucky draw. Dan aku tak pernah berharap apa pun sebab aku selalu tak bertuah 🙁

Kesian Abang Sado dapat baju ngam-ngam ikut body…..barulah terserlah kesadoanmu….hehehehehehe

Orang kata, jadi komiti banyak benefitnya. Benar, tidak dinafikan. Tapi disebalik keistimewaan yang komiti dapat tu terselit seribu pengorbanan. Berkorban masa bersama keluarga. Berkorban masa tidur. Berkorban masa makan. Berkorban masa senggang. Demi tugas yang diberi, setiap komiti ada tanggungjawab memasing walaupun penat bebel…penat jalan….hehehehehe….Aku telah diberi tugas dalam penyediaan hadiah hamper dan hadiah-hadiah lain. Sebagai komiti, memang aku kena bertolak awal supaya semuanya lancar untuk keesokan harinya. Nasib baik aku dapat partner yang sporting morting dan bertanggungjawab.

Alhamdulillah. 29-30 November 2014 lepas, HSK Family Day berjaya dengan jayanya. 

Para komiti bertolak ke Port Dickson pada hari Jumaat. Nak settle lori yang hantar hadiah lucky draw dan hamper-hamper kami di Lexis dan Grand Lexis. Kenapa ada 2 tempat? Lexis dan Grand Lexis ni sebelah menyebelah je. Tapi jarak di antara lobi dan hotel agak memenatkan jugak kalau jalan kaki. Sebabnya ialah masalah tempat dinner di Grand Lexis telah ditempah oleh orang lain dan kami terpaksa memilih ballroom di Lexis pulak. Memang agak kelam kabut.

Semua partners HSK check in awal iaitu pada hari Jumaat. Itulah tugas kami…menyambut para tetamu hormat 🙂

Selain menguruskan hamper dan hadiah lucky draw, petang dan malamnya kami ada sessi rehearsal pulak. Penat memang penat. Hampir pukul 2 baru habis sessi reherseal kami. Apapun kami berdoa, agar majlis esok akan berjalan lancar.

 

2 thoughts on “Family Day HSK di Grand Lexis (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge