Family Day HSK di Grand Lexis (Part 2)

Penginapan percuma di Lexis, Port Dickson. Tajuk ko macam nak kena cepuk je kan….hehehehe…

Lupa nak bagitau, hari kejadian ialah 29-30 November 2014. Biasalah akak terkesan kan selalu lambat menghapdate…hehehehehe….

Beberapa orang komiti termasuk aku ditempatkan di Water Chalet Lexis, Port Dickson memandangkan Grand Lexis sudah penuh untuk hari Jumaat tu. Bagi aku ok je. Janji free kan…

Nama jer bercuti tapi tidak sebenarnya. Itulah hakikat jika anda seorang komiti. Nasib baik Pak Rashid dan anak-anak faham situasi mama dorang. Terima kasih teramat sangat buat Pak Rashid sebab sudi layan anak-anak bila bini sibuk dengan urusan Family Day opis aku ni.

Jika mahu ke bilik korang boleh jalan kaki atau menaiki buggy. Tapi kalau dapat bilik kat area depan-depan ok gak nak menapak. Ni kalau dapat yang hujung-hujung, menggeletar lutut nak jalan kot. Lebih-lebih aku yang pemalas ni kan….hehehehehe…

Masa dapat kunci bilik, aku terus ajak Aisyah aku teman. Aku dapat bilik no. 112. Taklah jauh sangat kalau nak jalan ke lobi tu. Tapi kalau hujan…sakit hati jugak… 

Melangkah je masuk ke bilik aku dengan Aisyah melopong. Memang best sangat kot. Selama ini hanya mampu tengok dan dengar orang bercerita tentang betapa bestnya chalet atas air ni.

Ada satu pintu menuju ke katil. Ada satu katil king dan satu katil single kat tepi tingkap tu. Anak dara aku dah cop awal-awal kat tepi tingkat tu. Katil ni agak besar jugak. Muatlah aku, Pak Rashid dan Qayyum tidur.

Bilik aku ni jenis Executive Water Chalet. Tak silap satu malam RM370.00 (termasuk 2 orang sarapan pagi). Tapi kami dapat harga koperat sebab dah chartered banyak bilik.

Jakun aku tau. Tapi seram pun ado gak. Aku dok terbayang kot-kot terpandang benda lain kat bawah tu…huhuhu…

Kalau korang masuk je dari pintu bilik akan jumpa lantai kaca ni…..aku tak pandang bawah pon…aku serammmm….selain itu ada toilet tertutup dan toilet terbuka (korang boleh buka atap toilet terbuka dan boleh lihat langit nan luas :))

Aku ingatkan water chalet kat Lexis ni ada private pool gak…rupanya ada bath tab ke jakuzzi ni?….bolehlah….anak-anak aku gak yang nak berendam nanti….

Bukan tengok tv sangat pon…tengok tv kat umah pon boleh kan…ada almari, safety box, iron dan peti ais mini disediakan jugak…..
Malam Jumaat tu…Pak Rashid tapau je makanan sebab aku ada rehearsal pukul 10 malam. Makan mengadap laut. Best sangat….tapi jangan sembarangan keluar tak pakai baju plak…orang depan memang nampak sangat korang tau….

Pagi-pagi plak puas tarik Qayyum dok possing. Kunun-kunun seaview……Possing dulu sebelum breakfast….kalau ada pancing…boleh je memancing ni…

Nak tunggu buggy…punyalah lama menunggu….kena banyak bersabar tau

Dah susah nak ambil gambar kami berempat apatah lagi berdua……inipun nasib baik sempat snap….

Nasib baik ada cermin……ada gak gambar kami bereempat..

Pagi sabtu itu, para rakan kongsi HSK dan komiti bersarapan di Sky Terrace, Grand Lexis. Memang best sangat kat Sky Terrace ni. Boleh lihat keindahan laut cipataan Tuhan.

Teropong apalah agaknya Pak Rashid tu…

Komiti-komiti yang bertungkus lumus sangat…hehehehehe….

Makan kenyang-kenyang dulu…lepas tu nak berkejar ke Port Dickson Golf Country Club (PDGCC)….:)

6 thoughts on “Family Day HSK di Grand Lexis (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge