Family Day HSK di Grand Lexis (Part 3)

Itinenary Family Day HSK dimulakan dengan acara Treasure Hunt. Tapi kami komiti tak dapatlah nak join. Buat yang tidak menyertai Treasure Hunt, semuanya dikehendaki berkumpul di Port Dickson Golf County Club (PDGCC) untuk sessi makan tengahari dan cabutan bertuah. Aku dengan Aisyah pagi-pagi dah gerak ke PDGCC sebab nak settlekan barang-barang kat sana plak. Pak Rashid dan anak-anak aku ku biarkan bergembira di Lexis sementara nak tunggu check out kol 12 dan gerak ke PDGCC plak.Ingatkan Abang Selpie yang menang Treasure Hunt…rupanya dia tak habiskan pun task yang diberi…susah katanya….

Meja dan makanan semua dah siap…tunggu ketibaan ahli keluarga HSK jek…

Hadiah lucky draw dah siap untuk diserahkan pada para pemenang….macam-macam ada…yang paling last pun sangat berbaloi kalau dapat..

Aku memang selalu tidak bertuah…hehehehehe…Dapat bergambar pun jadilah…beli sendiri jelah gamaknya…..nak tau aku dapat apa???

Tadaaaa!!!!Mentang-mentanglah aku memang suka giler minum kopi…sekali dapat coffee maker daaaa…..redha jelah……Nak kena pi Vietnam plak lah sebab nak beli biji kopi….hehehehehe…

Abaikan anak bujang hakak tu ye….meragam mengalahkan budak 2 tahun. Tak puas tidur + tak puas mandi katanya….sabar dik…lepas ni kita balik hotel yang lagi awesome 🙂

Masing-masing bawak hadiah memasing. Semua staff akan dapat lucky draw. Besar atau kecik je…hehehehehe…sapa nak bagi kan…

Lepas je settle kat PDGCC ni aku bergegas pulang dulu ke Grand Lexis. Nak settle pasal check in pulak jam 4.00 petang nanti. Untuk pengetahuan, proses check in di Grand Lexis adalah pukul 4.00 petang manakala check out pukul 12.00 tengahari. Ikutkan memang tak berbaloi tapi kata orang hotel…dorang memerlukan masa yang panjang untuk kemas satu bilik tu….huhuhuhuhu…nasiblah….tu pasal kalau duduk sehari tak berbaloi…kena duduk 2 hari baru berbaloi-baloi 🙂

2 thoughts on “Family Day HSK di Grand Lexis (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge