Family Day HSK di Grand Lexis (Part 4)

Melangkah masuk ke dalam water chalet, kami sekeluarga melopong sekali lagi. Hati rasa sangat girang. Berbaloi sungguh percutian yang ditaja ini. Mungkin bisik hati berkata awatlah buat Family Day dekat sangat? Takat PD boleh pergi sendirilah? Tapi bila melihat private pool semua ketidakpuasan hati hilang begitu sahaja. Penat lelah aku dari semalam pun terbayar. Kiranya aku bertuah jugak sebab dapat merasa water chalet di Lexis dan juga di Grand Lexis.

Bilik aku jenis Premium Pool Villa. Ada 2 katil (king size). Memang besar sungguh bilik ni. Alamak! ada lantai kaca jugak tapi kat tengah-tengah plak tu…lagilah aku serammmm…… tulah akibat selalu sangat nonto citer seram…

Premium Pool Villa ni dilengkapi dengan dapur comel, bilik air, bilik shower…memang luas terbentang…..cuma masa mencemburui kami…

Memang selesa sungguh katil ni…tak sabar nak bobok tapi banyak kerja menanti….

Ada satu sofa, tv, mini peti ais……

Paling best ada ruang dapur yang comel. Lepas berendam terus lepak kat dapur ni sambil minum kopi….

Dapat sinki dan cermin camni kat bilik air rumah aku…tidur dapat bilik airlah gamaknya…hehehehehe….

Kami tak sabar nak terjun….

Cantik sangat private pool ni…rasa nak buat sebijik kat rumah…hehehehehe…memang sangat selesa…asal boring je terjun pool….

Aku sempat berendam sejam jek….pastu dapat panggilan untuk settlekan ballroom nak dinner malam tu plak…huhuhuhuhu….itulah dugaan seorang komiti…

Pestime dapat selipar cantik bila tidur hotel. Berbaloilah dengan kos penginapan kan… 

Maka kumpullah duit dari sekarang untuk ke Grand Lexis di kemudian hari. Sesungguhnya akak memang tak puas hati sebab tak dapat berendam lama. Ajak mak bapak, adik beradik, sedara mara dan sahabat handai sekali. Berbaloi-baloi walaupun kosnya agak mahal. Serius. Memang best giler. Tak payah ke hulu ke hilir dari bilik ke pool. Private pool ni, asal boleh je korang boleh terjun tanpa menghiraukan sesiapa. Dapat bonus boleh booking lagi 🙂

7 thoughts on “Family Day HSK di Grand Lexis (Part 4)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge