Family Day HSK di Grand Lexis (Part 5)

Malam minggunya, kami ada Gala Dinner. Selama aku kerja, inilah pertama kali merasai Gala Dinner di Lexis pulak tu….Takat lunch tu dah biasa sangat. Masa nilah nak nengok staff-staff melaram…hahahahaha…Sesekali apa salahnya kan…12 tahun sekali kot nak berkumpul camni…Kalau korang nak tau, akaklah yang penat lelah dari petang tu menyusun bagai dalam ballroom tu dengan assi Aisyah yang sado sangat…hahahahaha..kasi setting tempat korang…kang bergadoh berebut tempat duduk plak. Memang beruntung aku dapat partner yang sporting morting. Yang paham akak sado ni dah tak berapa nak sado…muahahahaha…

Sepatutnya tema dinner opis aku “Batik & Kampung Night” tapi ramai plak tak setuju sebab dah biasa sangat. Kejap lagi semua masuk ballroom dah macam keje gomen plak berbatik bagai. Sudahnya bos aku decide tema “Santai Jek”. Dah semua dressing caca merba. Lantakkan aje janji bahagia. Yang penting akak tak dapat pun best dress award….tunggu 12 tahun lagi akak pakai baju meletop kebaboooo….hahahahaha…gerenti menang… 

Grand Prize untuk Malam Gala Dinner tu….dah melopeh aku nak dapat pon….untunglah kawan-kawan yang dah dapat tu….paling misteri ialah pakej 2 orang untuk menunaikan umrah….
Banyak sangat makanan malam tu…sampai kat luar bagai. Aku dah penat dari siang, tak berapa lalu nak makan….

Ada badut untuk budak-budak…..

Big Bos kami memulakan ucapan. Aku cuma dengar pasal kenaikan gaji dan duit minyak je…hehehehe….Rupanya hujung bulan Disember ni kami dapat gaji baru. Naik berapa persen tu aku tak tau…bos aku pun pandai dia senyap-senyap suprisekan kami. Ikut performance masing-masing. Ada lagi……siapa yang ke Beach Party pada keesokan harinya, akan dapat duit minyak sorang RM500 (staff yang datang je…hehehehehe). Alhamdulillah. Rezeki Tuhan sapa yang tahu. Sikit ke banyak ke redha jelah. Semoga Allah melimpah kurniakan rezeki buat bos-bos kami supaya setiap tahun kami bisa berlibur…..hehehehehe….
Anugerah Pekerja Paling Lama. Dua-dua dah bekerja lebih 25 tahun. Perghhhhh!!! Nak tunggu umur dah kertu baru aku dapat award kot. Itupun kalau lama lagi…hehehehehe…Apapun tahniah kepada kedua-dua pekerja paling lama. Tahun depan buat anugerah pekerja paling hot ek…..Ada performance Chaklempong lagi. Sedap jugak penyanyi ni punya suara. Didatangkan khas dari Seri Menanti 🙂

Muka masing-masing dah macam belacan…dari siang tak rehat sangat…..pasrah senyum je malam tu…hehehehehe….

Mak Dara bersama 3 orang anak dara yang sado……
Aduhai…..sayang adikku nan seorang nie….dari zaman kerja kat Jalan Masjid India. Zaman ronggeng sama-sama dulu…Dialah yang rekomenkan aku kerja kat HSK ni. Lepas ni susah dah nak jumpa……

Mak Buyung yang vounge gitew…..

Bersama adik Sado dan kakak sado 🙂

Cik Peguam yang macam Princess Elsa malam tu….cantik sangat pakai dress camtu….

CLPG Lady’s 🙂

Kawan gosip……kawan ngadu susah senang….Mai 🙂

Mana-mana mesti ada gambar kami berdua….dah satu department dengan Kak Wanie…duduk sebelah-sebelah plak tu…haruslah bergambar bersama 🙂

Tumpang glamer hot Mama …..Zizie & Saiy….

Menumpang grand prize Remy….tak menang pegang pun jadilah…..hahahahaha…

Adik Chambee yang sweet muet, Bella dan partner aku paling sado, assi Aisyah…

Kalau ko pakai misai macam Wak Doyok sejibik kot Prince Remy…..

Satu-satunya family photo yang oklah…..tapi korang tengoklah anak bujang aku tu…..tak penahnya nak senyum. Alasan dah ngantok tapi balik je bilik terus berendam ngan apaknya.

Memang Gala Dinner HSK 2014 memberi momentum yang manis buat kami pekerja-pekerja HSK. Masakan tidak, mengambil masa 12 tahun untuk menantinya.

Aku rasa semua pekerja HSK berpuas hati. Gembira. Bahagia. Walaupun masa begitu mencemburui kami, tapi masing-masing nak segera pulang ke bilik. Nak sambung berendam….hehehehe…. 

2 thoughts on “Family Day HSK di Grand Lexis (Part 5)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge