Terjebak dengan Pandora

Orang lain dah ada 2-3 koleksi gelang Pandora…aku baru terkedek-kedek nak beli…tupun 80 kali fikir…..biasalah…akak kan kedekut sikit bab diri sendirikan….

Dah banyak kali lalu-lalang depan Pandora tapi just jeling-jeling manja je….tiba-tiba rasa macam mahal sangat…pastu rasa macam tak berbaloi plak kalau beli…dahtu rasa dahlah mahal..takleh nak gadai plak….hahahahaha….

Sekarang ni pulak viral Pandora Emas pulak melanda kan…..adohyaiiiii….lagilah meluap-luap aku menahan tengok…

Aku ketepikan Pandora Emas tu dulu sebab aku ada target aku sendiri. Lepas lepak-lepak ngan kazen aku….terus ajak ke Pandora kat Paradigm Mall tu. Mula-mula niat nak tengok jek…akhirnya tewas jugak. Aku mula tertawan dengan Pandora 🙂 

Benda ni di panggil ‘charm’…giler weiiii…semua cantik-cantik…harga pun tahap prince charming gaklah….hahaha..

Aku try bracelet dulu…harga bracelet je dah RM295.00…mak nak pitam gak tapi dah mak nak jugak kan….pura-pura senyum jek..hahaha…

Kazen aku, Ita ni memang dah lama jadi peminat Pandora. Akupun suruh dia pilih-pilihkan untuk aku. Kazen aku yang lain dok tanya “betul ke ko nak beli Kak Lin?”Aku senyum je…”Baik ko beli Pandora Emas Kak Lin….” Aku buat-buat pekak telinga jek….hahahahaha….memang dah lama aku pendam hasrat aku ni. Pandora Emas target next year hokey….tahun ni akak target Pandora Silver dulu……

Anak dara aku usher je mama dia memilih-milih. Bila aku tanya “Baby nak tak Pandora ni? Nanti Mama beli yang murah sikit tu…” Jawapan dia “Taknak! Kakak nak Pandora Emas” Gluppppp!!!! Pitam mak hokey…….

Lepas ni Mak Ita ada geng #pandora…hehehehe…

Pinjam perut boleh????hehehehehe. Adik kecik aku dah mintak charm Pandora Emas untuk hadiah birthday nanti….huhuhuhu…

Rindu saat begini lagi….insyaAllah…ada masa kita keluar dating lagi……Nak tengok apa yang aku beli kat Pandora?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

1 bracelet, 2 stopper dan 1 charms buat masa ini. Aku dah merengek-rengek ngan Pak Rashid nak tambah charm….nasib baik Pak Rashid menyokong hobi baru bini dia…hehehehehe….

Aku ni kalau beli barang aku malas nak tunjuk kat mak aku. Nanti dia tau aku banyak duit…hahahahahaha…Aku takut mak aku membebel jek. Sebab mak aku lebih suka aku simpan duit dari beli benda bukan-bukan.

Anak akulah yang pecah rahsia. Habislah kena pot pet ngan mak aku bila dia tau. Bila aku cakap aku beli Pandora yang silver…punyalah dia membebel….tu pasal aku malas nak tunjuk kalau aku beli….dia kata lebih baik ko beli yang emas…boleh jual balik…boleh gadai ke….tipikal orang tua kan…semuanya pandang ke depan. Aku buat pekak telinga jek…sebab aku ada target aku sendiri.   

Ruginya beli mahal-mahal tapi tak boleh jual lah…tak berbaloilah…aku buat bodoh je. Sebab bagi aku ini namanya reward untuk diri sendiri kan…bila lagi nak raikan diri sendiri kan?

5 thoughts on “Terjebak dengan Pandora”

  1. yg gerammnya bersepah pulak pandora inspired kat downtown, uptown .. aalaaaa.. mcm yan org2 biasa ni, kalau pakai ori kang org cakap alaaa.cap downtown je kan..huhu
    YOORIN recently posted..Serabut OtakMy Profile

  2. salam, saya pun termengidamkan pandora jugak..masa tengah mengandung pulak tu..hihi tapi alhamdulillah, dah dapat beli satu gold pandora charm, mmg puas hati..nanti kumpul lagi..untuk setiap pencapaian dlm hidup..apa salah reward diri kan..nak tengok charm saya, visit my blog ye
    syadzilamustafa recently posted..Resepi: Mee Goreng SpecialMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge