Pengalaman Berkhatan Kaedah Konvensional

2 Disember 2014 ritu selamat dah anak aku masuk Jawi….selamat kena potong….anak yang nak kena sunat…mama dia yang nebes giler……

Sebelum ni aku memang dalam dilema. Pestime anak lelaki sulung dalam #MatusanClans nak bersunat kan…..takdelah pengalaman sangat. Sibuk tanya orang-orang yang dah ada pengalaman sunat anak lelaki. Sharing is caring kan…hehehehehe….

Aku dilema samada mahu sunatkan Qayyum dengan Kaedah Konvensional atau Kaedah Terkini (moden)? Tu yang cari info-info berguna dari kawan-kawan dan internet. Pada mulanya, aku tak mahu Qayyum rasa sakit sangat…cukuplah dia rasa sakit masa eksiden dulu….kalau boleh aku nak yang mudah dan cepat baik. Ramai yang cadangkan aku ambil kaedah “smartclamp”. Tapi aku lebih suka cara lama….tapi bukanlah yang Tok Mudim potong “anu” atas batang pisang tu….teringat jeritan jiran sebelah masa kecik-kecik dulu. Satu kampung boleh dengar kot…ngeriiii…kot!!!!

Akhirnya, aku pilih bersunat dengan Kaedah Konvensional (Laser) di Klinik Ghani, Kampung Melayu Subang. Kos untuk bersunat dengan Kaedah Laser berharga RM180.00. Sebabnya, aku banyak dengar kisah-kisah sedih dan merana untuk kaedah “smartclamp”…huhuhuhuhu…..kalau Qayyum merana…akupun turut merana gak…hahahahaha….

Sebelum ke klinik tu, mak aku suruh Qayyum berendam dulu….berendamlah Qayyum dalam besen…hehehehehe….Aku tengok Qayyum relaks je masa kat rumah tu…Abah aku pun siap escort Qayyum pi klinik. Maklumlah…cucu lelaki sulung…abah aku pun bukan ada anak lelaki kan….sampai-sampai klinik tak bukaklah pulak lagi. Appoinment jam 9.30 pagi. Tak lama tu baru Doktor Ghani sampai….

Pada mulanya, aku memang taknak ikut masuk pun…tapi Qayyum sibuk suruh aku masuk sekali…aku pun snaplah gambar dia 2-3 keping. Bila doktor suruh bukak seluar dan baring atas katil tu….Qayyum terus tutup mata ngan tangan dia. Akupun kunun-kunun nak rakam video gambar dia…

Bila doktor dah start bius yang pertama tu…Qayyum mula merintih menangis menahan sakit….Aduhhh!!!luntur jiwa raga aku mendengarnya….Pak Rashid siap buat lawak-lawak gak….mulanya Qayyum gelak-gelak gak…tapi bila doktor injet kali kedua…dia mula menangis sekali lagi…tapi tak meronta pun…akupun terus keluar bilik tu…tak sanggup nak mendengar Qayyum menangis depan mata…Dari luar aku dengar dia menangis-nangis panggil nama aku….nasib baik haritu…cuma dia sorang je yang bersunat…kalau ada budak lain yang nak sunat…kalau tak kuat iman…maunya dorang pun jadi takut…

Rupanya…Pak Rashid kata Qayyum kena injet 5 kali (tempat)….patutlah dia menangis menahan sakitlah tu…..lagi satu ‘anunya’ agak buta sedikit…tu yang lagi menyakitkan. Tak lama tu tak sampai setengah jam pun…dah senyap je tu…rupanya dah selesai semuanya…..Alhamdulillah. Tu muka lepas menangis sakan…nampak muka aku lagi sedih….

Balik rumah, semua dok mengusik dia…bantai menangis lagii…..huhuhuhu….jangan bentam udahlah dik…..

Cawat besi untuk orang bersunat…hehehehehe…..

Mulanya aku tak terfikirpun nak gantung tali kat kain pelikat Qayyum tu….Makcik aku bagi cadangan supaya letak mangkuk bahulu untuk tutup ‘anunya’ dari bergesel dengan kain…nanti rasa ngilu sakit….Selain mangkuk bahulu…boleh jugak letak cawan atau mangkuk sup polestrin…..Pastu…pakcik aku pulak kata…kalau tidur kena gak gantung kain tu…takut mangkuk tu berjalan plak masa Qayyum tidur…lagi nayaaa….huhuhu…payahnya jaga anak lelaki bersunat ni kan…..Pak Rashid pun teruslah pasang tali kat syiling umah mak aku…lekat ngan paku tekan jek….

Bila kawan datang melawat, Qayyum malu-malu sakit…hehehehe… Hari pertama bersunat…memanglah manja giler. Asyik nangis jek…bila hari ke 3 baru ceria sikit. Siap paw Babah beli helikopter lagik…geram je aku pandang Pak Rashid. Pantang anak merengek….aku merengek guling-guling atas tanah pun belum tentu dapat…huhuhuhu…tipu hokey!

Sebenarnya, aku bukanlah pro sangat…maklumlah anak lelaki nan seorangkan….aku banyak tanya pengalaman orang dan research sendiri….Memang agak mencabar menjaga anak lelaki bersunat ni.  Tapi aku nak kongsilah serba sedikit tips dan penjagaan anak lelaki bersunat ni….manalah tau…kot-kot anak cucu aku boleh baca plak nanti….

Cara Menjaga Anak Lelaki Bersunat :

  1. Makan ubat yang doktor bagi sampai habis.
  2. Jangan minum banyak air takut nanti lagi bengkak dan lambat baik.
  3. Kalau nak cepat keringkan ‘anunya’ lepas mandi tu tala kat kipas angin…..hehehehehe….
  4. Biar je ‘anunya’ terdedah sikit…jangan asyik bertutup jek…nanti lambat baik…pengalaman Qayyum sendiri…dia memang taknak bukak kain pelikatnya…mungkin malu atau terperanjat tengok ‘anunya’ dah lain macam kan…hehehehehe….
  5. Hari pertama bersunat, memang Qayyum tak mandi. Aku lap je badan. Pastu cuma cuci luka jahitan tu dengan ubat cuci yang doktor bagi. Kalau boleh suruh dia kencing..tapi Qayyum memang tak kencing pun hari pertama tu…dia ngeri kot…akupun tak paksa….hari kedua baru dia boleh terkencing…tupun menyeringit menahan….
  6. Dalam seminggu tu…cara Qayyum mandi dengan menutup ‘anunya’ dengan cawan polestrin bagi mengelakkan basah. Memang dalam seminggu tu luka di ‘anunya’ masih belum kering. Ada sedikit nanah…Pak Rashid kata…tu air bisa…bisa nak baik katanya…Akupun bukanlah nengok sangat pun…orang tua-tua kata…kalau orang perempuan tengok…lambat baiknya….lagipun aku serammm nak tengok kot…
  7. Makan memang kena pantang. Seminggu awal tu kenalah makan ikan haruan hari-hari. Ikan Haruan tu aku buat masak sup/bening ataupun gulai. Selain ikan haruan, ikan merah dan ikan tenggiri pun boleh atau ikan-ikan yang tidak gatal. Bakar pun boleh jek. Itu je hari-hari aku bagi Qayyum makan…tapi dia dah biasa makan ikan haruan sejak eksiden dulu…nak cepat baik kena telan gak….
  8. Aku bagi Qayyum makan Gamogen supaya luka cepat sembuh. Dalam 10 hari camtu…luka dah kering….
  9. Disebabkan ‘anu’ Qayyum agak buta sedikit, makan masa nak pulih. Aku mana tau buta tu camner…dah tanya Pak Rashid…dia kata ok je sokmo…geram gak…dahlah dekat 3 minggu luka dah kering…tinggal kuping-kuping luka yang masih belum tertanggal. Benang pun banyak lagi tak tercabut. Apa yang korang perlu buat tunggu jek benang tu reput sendiri. Kalau ditarik-tarik takut luka balik plak ‘anunya’…hehehehehe…Anak aku siap bawak pi mandi manda pun masih ada benang yang tak hadam lagi…harap-harap bukak sekolah nanti dah tanggal semuanya. kalau jenuh nak kena pakai cawat besi plak…hehehehehe….

4 thoughts on “Pengalaman Berkhatan Kaedah Konvensional”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge