Qayyum 10 Tahun

Hari ini 27 Disember 2014, genap 10 tahun umurmu anak. Selamat Hari Lahir Firhan Qayyum!

Apa yang istimewa tentang Firhan Qayyum ni…dia tak boleh tengok aku sedih…nanti dia pun sedih sekali. Kalau aku kena marah….dia yang menangis dulu……Jiwanya lembut walaupun luarannya dapat macho…..hehehehehe….Mama tau adik sayang Mama kan….anak lelaki kot…lain macam sikit.

Adik…Mama mahu adik tahu yang Mama tidak pernah menyesal melahirkan adik. Walaupun Mama selalu marah-marah adik, rotan adik….itu semua kerana Mama terlalu sayangkan adik. Mama mahu adik membesar sihat, bijak dan menjadi insan yang sempurna. 

Mama doakan semoga impian adik akan tercapai dan ingatlah bukan mudah nak jadi mudah. Kena berusaha bersungguh-sungguh. Tidak mustahil sesuatu yang mustahil akan tercapai. 

Mama sayang adik 🙂

6 thoughts on “Qayyum 10 Tahun”

  1. Salam, boleh tau apa maksud nama firhan. Suka nama tu tp cari maksud tak jumpa. If u dont mind sharing, tq ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge