Percutian di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut (Part 1)

Hari Pertama – 19 Disember 2014

Bukan mudah untuk merancang percutian beramai-ramai. Banyak hati perlu dijaga. Tiada paksaan. Kali ini trip ini diketua oleh cucu sulong IB Clans, Kak Long dan suaminya Abang Hai dan dibantu oleh sepupu yang lain. 

Seawal Ogos, kami merancang percutian santai ini. Cuma kali ini tidak semua yang join. Masing-masing ada alasan tersendiri. Tak kisah pun. Alhamdulillah, dalam masa 5 bulan, apa yang kami rancang berjalan lancar dan teratur.

Kali ini IB Clans memilih negeri Perak sebagai tempat percutian kami. Kami memilih hotel Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Seawalnya, kami telah diberitahu bahawa hotel ini agak ke dalam tempatnya. Lagi bagus demi kedamaian…tak gitew…..

Beberapa keluarga bertolak awal pada hari Jumaat (19.12.2014). Semestinya AJK lah yang pergi dulu sebab nak set up beberapa perkara di sana.

7 kereta yang bertolak pada hari Jumaat tu. Dari Sungai Buloh kami bertolak jam 10.30 pagi. Kami ikut jalan highway. Masuk exit Gopeng menuju ke Lumut. Punyalah jauh sebab tak biasa ikut jalan situ. Lebih kurang jam 3 lebih baru sampai ke Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut 🙂 Tapi seronok sebab baru ku tahu dimana Kelly Castle…hehehehe…tak sempat pun nak menyinggah sebab mengejar masa.

Alhamdulillah…lebih kurang jam 3 lebih petang, sampai jugak kami di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Walaupun penat tapi seronok sebab konvoi ramai-ramaikan. Lokasi Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut ni agak jauh ke dalam. Dari sign board Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut menuju ke pintu gerbang hotel dikelilingi pokok-pokok sawit dan hutan. Dari pintu gerbang ke ke hotel, panaroma orang bermain golf plak. Jika tak biasa memang akan rasa seram dan menakutkan. Tapi bila sampai je kat hotel, wahhh!!!!!best sangat hokey. Memang sesuai untuk percutian keluarga mahupun berbulan madu. Tempatnya tenang dan damai sesusai dengan namanya Damai Laut kan……

Jika anda mahu menginap di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, anda boleh memilih 3 jenis penginapan. Samada apartment, villa ataupun hotel. Bagi aku, paling sesuai ialah hotel sebab dekat dengan laut.

Tak sabar nak tengok bilik. Jommmmmm………

Hotel kami berdekatan dengan jalan ke pantai dan laut. Hotel kami di tingkat 4 🙂 Lobi tingkat 5 ye….

Aku dapat bilik no. 480. Mak aku pulak dapat bilik No. 479..sebelah menyebelah je…bilik kami ada connection room. Ada pintu yang boleh jenguk orang sebelah…..hehehehe…sesuai untuk keluarga besar. Senang nak mintak makan ngan mak….kekekekeke…..

Anda boleh requst dengan hotel jika mahukan connection room. Mudah bagi yang mempunyai keluarga ramai.

Semua lengkap. Sabun, shampoo, conditioner, losyen, seawing kits & etc tapi berus gigi je takde…..why???

Ada balkoni dan balkoni kami menghadap ke arah pokok, pantai dan laut. Boleh lihat jelas matahari terbenam ke terpacak ke….super awesome!

Selesa sangat. Hotel Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut juga dilengkapi dengan televisyen, mini peti ais, cerek letrik, seterika & peti besi. Nampak pintu connection tu…sebelah tu bilik mak ngan abah aku….senang je nak cari makan pi je bilik mak. Tipikal mak-mak kan…..gula..kopi…beras pun adoooo….

Bilik aku jenis Deluxe Garden View. Ada 2 katil single. Macam biasa, kitaorang akan camtumkan. Korang boleh bawak toto gak kalau ramai. Boleh muat dalam 4-5 orang lagi kot. Berbaloi kan?

Berapa harga semalam di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut?

Kalau tengok website Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut berharga RM338.00 untuk jenis Deluxe Garden View ni. Tapi kami dapat satu malam cuma RM260.00. Itulah untungnya ada sepupu sepapat yang ada connection ngan orang-orang kat hotel ni. Semua boleh kawtim…hehehehe….

Aktiviti hari pertama adalah free & easy. 

Kemudahan utama yang terdapat di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut ialah kolam 🙂 Ada kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Sesuai untuk seisi keluarga. 

IB Clans yang konker…

Selain kolam, Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut juga menyediakan kemudahan sauna, spa, gym, pusat games kanak-kanak, snooker, suka outdoor, tempat memanah, kedai serbanika, restoran dan bar. Macam-macam adaaaaaa…..tak payah nak keluar dah…duduk je dalam hotel tu…hehehehehe…

Selain kemudahan yang sedia ada, Hotel Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut juga menyediakan tempat untuk barbique (BBQ). Tapi kami tak mampu nak ambil pakej hotel tu…mahal benauuuuu……

Lepas settle mandi manda, kami jenguk tempat nak berbarbique pulak……

Jika anda mahu melakukan aktiviti barbique sendiri, boleh request dengan pihak hotel Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Tempat barbique ialah di Villa Damai Laut. Tak jauh pun dari hotel. Lebih kurang 4-5 minit dari hotel kami.

Jangan risau, tempat barbique di Villa Damai Laut mempunyai gazebo (pondok), kerusi, meja, tempat pembakar, jaring pembakar dan plug jugak 🙂 Tapi bawak arang dan starter sendiri tau.

Berapa harga tempat barbique di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut?

Harga sewa tempat barbique ialah RM300.00. Bahan makanan sila bawak sendiri. Share lah ramai-ramai …baru besttt…

Malam tu…kami tak keluar makan pun. Makan kat hotel jek. Nak keluar pun jauh benauuu. Makan bekalan dari Makcik-Makcik yang gorjes bawak. Untung bawak mak bapak …anak cucu kenyang makan 🙂

Bersambung…..

6 thoughts on “Percutian di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge