Percutian di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut (Part 3)

BBQ di Villa, Damai Laut

Segala bahan-bahan untuk bbq kami sediakan di Damai Laut jek….kalau bawak dari rumah kan makan masa…lepas dah ready semua…dalam 7.30 tu kami bertolak ke Villa Damai Laut yang perjalanannya tidak sampai pun 5 minit. Kenapa tak buat bbq di hotel jek? Oh! Agak mahal kosnya jika buat bbq di hotel. Kami nak bakar sendiri jek.

Menu kami malam itu simple jek. Ayam dan hotdog bakar. Steamboat. Ringkas dan mudah. Disamping tu kami pihak AJK ada menyediakan acara teka lagu, lucky draw dan tukar hadiah suka sama suka yang merupakan barangan elektrik berharga RM30 dan keatas 🙂

AJK BBQ memulakan operasi membakar ayam dan hotdog…Abang Sado yang sebelah kiri ialah Pali dan yang kanan pula Yuz….

Sambil menunggu makanan siap, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Pakcik Rahim kami 🙂 Dari kiri ialah Makngah (Zaleha), mak aku (Zainab), Kakngah (sepupu), Pakcik Sukeri dan Dek Not (sepupu)…

Sambil tunggu lagi…jom cabut hadiah bertuah…..

Antara hadiah-hadiah yang berjaya dikecapi…wakakakaka

Antara barangan elektrik yang IB Clans dapat….

DJ Nora …DJ bidang terjun….hehehe…tahun depan sign contract lagi ek…

Kebetulan harijadi adik kecik aku jatuh pada hari Sabtu tu 20.12.2014, kami pakat kongsi-kongsi beli kek. Sapa yang lahir bulan 12, untunglah…diraikan bersama….

Sebahagian anak dan menantu Ibrahim Lembut dan Bibah Lembang. Dari kanan, Zaleha Ibrahim (anak ke 2), Zainun Ibrahim (anak ke 4), Zainab Ibrahim (anak ke 5), Zaiton Ibrahim (anak ke 6) & Zainah Ibrahim (anak ke 7). Anak sulong (Ismail Ibrahim) dah meninggal dunia. Yang no. 3 (Atan Ibrahim) , no. 8 (Taman Sari Ibrahim) dan no. 9 (Zaidah Ibrahim) pun tak join kali ni…Memang rugilah sapa tak join tu sebab happening gileerrr kot…. 

Anak, menantu, cucu dan cicit IB Clans. Meriahkan 🙂

Kakak-Kakak Sado yang bertungkus lumus untuk menjayakan trip ke Damai Laut 2014….cayalah kakak sadoooo….

Terbaik dari akak gorjes 🙂 kupu-kupu IB Clans…walaupun ada yang tak suka ngan kami yang kaki kecoh nie…lantak koranglah…kalau tak mampu nak pandang gedik-gedik kami, boleh duduk dalam utan……

Akhirnya, tahun ini ada jugak gambar kami sekeluarga walaupun gaya budak ensem tu ntah apa-apa ntah…..

Apapun BBQ malam tu memang best. Sambil makan sambil bergembira. Semuanya berjalan lancar dan sempurna. Cacat cela kecik biasalah…adat berkeluarga kan….Acara habis cepat sebab akak gorjes nak tengok live band 🙂

Selain ada spa, gym, sauna, Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut jugak menyediakan live band yang mana penyanyinya adalah orang Philiphine. Pertama kali aku layan live band….jakun jugaklah…tapi best sebab tak de orang. Laki-laki jaga anak-anak sebab malam sebelum tu dorang dah midnight bagai. Kami bereempat je layan awek Philiphino ni nyanyi. Siap aku request lagu Pengako Sayo lagik. Dorang ni tau lagu melayu gak. Sedap jugak suara awek-awek ni. Tetiba masuk segerombolan kaum adam. baru nak feeling-feeling meluat plak tengok ada salah sorang geng tu lagi gedik meraba-raba awek pilipino tu…puas ditepis-tepis tetap gedik…tapi apapun awek pilipino memang terbaik suara dorang 🙂

 

1 thought on “Percutian di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge