December Birthday

Senangkan kalau harijadi masing-masing jatuh pada bulan yang sama. Qayyum dan adik kecik aku, Moon lahir bulan 12. Sekali celebrate jek. Weekend lalu, terus gi So Good The Curve. Tempat paling akak gorjes suka kan…..

Sambut ala kadar jek. Makan sambil sembang sambil gedik 🙂

Beli kek pun yang kecik je. Elakkan pembaziran…hehehehe…

Satu slice untuk beday boy…satu slice untuk beday girl….

Qayyum ni kalau moksu dia suap ke cium ke rela je dia…hehehehe…

Keluarga kecik kami 🙂

Lepas sessi makan-makan, sessi mencari hadiah untuk beday boy & beday girl pulak. Beli on the sport je…pilihan ditangan mereka…kekekeke…..Kami gerak ke Ikano Centre pulak. 

Mula-mula kena mencari hadiah besday boy dulu…kalau tak muncung je nanti…..puaslah tawaf satu Toys r us…satu pun takde yang memikat hati Qayyum. Yang dia berkenan harga pulak lebih dari kuota yang dibenarkan. 

Akhirnya, budak tengah giler skate board kan…dia pilih remote skateboard…hmmmmmm….lantakkan ajerr…

Kalau zaman aku panggil benda ni skateboard…budak zaman sekarang panggil Penny Board pulak. Jangan tanya aku apa beza skateboard ngan penny board…aku tak tau. Penny Board ni babah dorang yang layan.

Beli tanpa pengetahuan aku hokeyyyy….patutlah 2-3 menjak asyik bisik-bisik je ngan babah dorang…rupanya ada agenda tersembunyi…kalau dengan aku mintak…memang bolayanlah…takat tengok dalam youtube…tiba-tiba minat nak main…memang tak lahh…Alasan Pak Rashid…hadiah untuk harijadi Qayyum dan advanced hadiah harijadi kakak Balqis Januari nanti…mentang-mentang babah korang dapat bonuskan….

Settle hadiah beday boy…jom cari hadiah beday girl pulak…dan hadiah mama beday boy jugak…hehehehe…

Atas permintaan adik Moon kami gagahkan kaki menuju ke kedai emas 🙂

Budak tecik tu sebok je lebeyyy….bini-bini sibuk pilih golang, 2 orang menantu Matusan tu dok usha-usha jongkong emas…nasib baik tak terjebak…huhuhuhu… 

Sila pilih-pilih mana yang berkenan di hati..Yang pelik, orang lain yang suruh pilih, orang lain plak dah sambar memasing punya…kekekekeke…Akhirnya, adik kecik pilihhhhh…teng!teng!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

kekekeke….tu je yang mampu kami belanjer….terimalah charm Pandora dari kami semua 🙂 Golang beli sendiri ek….Ish!Ish! Tangan sapa yang menyibok gak tu….hehehehehe….

Buat Moon & Qayyum, semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati selalu. Next celebration January pulak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge