Percutian di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut (Part 4)

Hari Ketiga – 21 Disember 2014

Acara pagi ini dimulakan dengan beriadah dan zumba sekali lagi. Hari ini ramai sikit. Semua makcik dan pakcik sporting morting. Sambil beriadah sambil gelak-gelak sambil keluar peluh. 

Warm up dulu…..

Taichi pulak…

Zumba ala-ala k-pop plak….

Macam-macam style zumba kami buat..janji keluar peluh….hahahahha…

Aktiviti massage bahu memasing….

Disudahi dengan berlari-lari anak…perghhhh!!!! memang best kalau buat reramai ni…

Rindu plak ngan Ika….dahlah jauh di Labuan….huhuhuhuhu..

Bakal mewarisi keakraban kami. InsyaAllah….generasi ke 3 IB Clans 🙂

Sebelum pi breakfast, lepak-lepak dulu tepi pantai sambil buat hal masing-masing…

Yeyyyyyyyy….dapat ikan besar….kamilah nelayan IB Clans…kekekekekeke…

Kebetulan ada brader tu lalu tepi pantai sambil pegang ikan besar ni….apa lagi…jakunlah kitaorang….”Bang….pinjam ikan nak possing boleh……hehehehehe” Nasib baik brader tu sporting…Yang lelaki pulak sibok interview brader nelayan tu…hehehehe….nasib baik tak lunyai ikan siakap ni….

Tak lama lagi makin membesar budak-budak ni…..jangan gadoh-gadoh tau…

Kami buddies takkan terpisah….hahahaha…dah macam iklan “Orang Kuning” tu pulak….Alhamdulillah. Syukur di atas rasa makin sayang di antara kami semua. Pengalaman membuat kami lebih matang. Hanya kami yang memahami di antara satu sama lain. Pada yang susah nak faham kami, boleh campak dalam laut tu…weekkkkk…

Akak-Akak Gorjes dari IB Clans….#gorjeslahsangatkan….hahahahaha….tak suka boleh duduk dalam laut tu….

Lagi akak gorjes IB Clans… 

Sekian. Tamat sudah kisah Percutian IB Clans di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Bukan mudah ye untuk berkumpul semua walaupun keluarga kami taklah ramai sangat. Semua bergembira dan berpuas hati. Kalau tak puas hati tu, next trip you all yang take over pulak ye. Niat kami untuk bersuka ria sambil bercuti bukan nak tunjuk sapa lagi hebat pun. Pada yang tak suka bercuti ramai-ramai…tak suka berkumpul ramai-ramai…pandai-pandailah nak hidup ye. Kita ni hidup bersaudara…pandai-pandailah nak sesuai diri dengan kami yang havoc-havoc ni. Walaupun kami havoc-havoc, atleast taklah sampai menyakitkan hati orang. Jangan sebab nila setitik, habis susu sebelangan plak. Akhir kata, maaf di atas serba kekurangan atau kekhilafan sepanjang percutian ini. Sesungguhnya, yang buruk adalah dari manusia dan yang baik adalah dari Allah Taala. Semoga IB Clans semakin erat, semakin berkasih sayang, semakin bahagia. See you next trip 🙂

 

1 thought on “Percutian di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut (Part 4)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge