Pengalaman menjaga anak kena Chickenpox

Hari ini hari pertama persekolahan sessi 2015. Pengalaman pertama ke sekolah tanpa anak-anak. Gi sekolahpun untuk maklumkan pada pejabat sekolah dah guru kelas jugak supaya cikgu ambil maklum keadaan anak aku.

Kedua-dua anak aku serentak dijangkiti wabak chickenpox atau campak air awal minggu lepas. Kali kedua anak-anak aku dijangkiti penyakit berjangkit ni. Masa kecik-kecik dulu pernah kena campak halus. Kali ini campak air pulak. Memang menakutkan dan menyakitkan. Penyakit chickenpox adalah penyakit berjangkit. Dan anak-anak aku pulak berjangkit dari anak buah aku yang kena chickenpox. Tiba-tiba aku pulak rasa takut dijangkiti walaupun aku dah pernah kena dulu. Doktor kata, jika pernah kena…ada potensi kena lagi jika kurang antibodi.  

Petanda nak kena chickenpox nie mula-mula Qayyum demam panas. Masa dia cakap adik demam, aku ingat agaknya cuaca panas ke..tu pasal dia rasa panas. Pastu, Qayyum asyik tidur je…pagi tidur…tengahari tidur…aku rasa pelik. Raba-raba leher dia…confirm demam. Lepas mandi, masa nak pakaikan baju dia, aku perasan ada satu gelembung air kat belakang badan Qayyum. Dalam hati, chickenpox ke? Aku bagi je ubat demam. Bila balik umah mak aku, dua-dua anak aku tunjuk badan masing-masing yang dah tumbuh 4-5 biji gelembung air tu…Aku sapu dengan Calamine je dulu..

Aku terus suruh Pak Rashid cari air kelapa sebab mak aku pesan suruh minum air kelapa. Punyalah payah nak suruh dorang ni minum air kelapa tanpa gula. Aku paksa selagi boleh. Akupun tak tau kenapalah orang tua-tua suruh minum air kelapa bila kena chickenpox. Mungkin air kelapa ini boleh menyejukkan badan. Pastu orang tua-tua kata, sebelum makan ubat klinik/hospital kena minum air kelapa dulu supaya semua chickenpox tu keluar dari badan. Memang betul pun, bila dah minum air kelapa, makin banyak pulak yang keluar dalam masa 2 hari jek..

Hari kedua kena chickenpox. Penuh naik satu badan sampai ke muka. Balqis sampai dalam mulut pun ada chickenpox. Qayyum tak boleh terima hakikat bila chickenpox dah kuar kat muka dia. Puaslah dia salahkan aku sebab bagi minum air kelapa, semua chickenpox dah keluar. Hehehehehe…dia tak dapat terima hakikat muka kurang hensem ler tew……

Aku ajak Pak Rashid hantar dorang gi klinik. Doktor kata, chickenpox ni memang takde ubatnya. Dia cuma bagi ubat demam, tahan gatal dan Calamine (ubat sapu). Cuma dia suruh pantau jika demam boleh menyebabkan sawan dan tidak boleh bawak keluar sebab bimbang akan menjangkiti orang lain. Dan si pembawa boleh didenda sehingga RM800.00 seorang jika mengakibatkan jangkitan pada orang lain.

Hari 3-4 makin mencabar menjaga anak kena chickenpox ni…makin banyak keluar. Kat muka, kepala, telinga, hidung, bontot, celah ketiak, dalam mulut, dalam hidung, dalam mata….seksanya aku tengok dorang. Bila merintih-rintih kata sakit ma…..aku hanya cakap…sabarlah…sikit je tu…nanti elok ek…padahal dalam hati, sayunya lihat anak-anak aku menanggung. Memang perit kena chickenpox ni…dengan rasa gatal, merenyam, sakit, tak selesa, susah nak tidur…semualah rasa. Nasib baik anak-anak aku agak tabah jika dibandingkan dengan aku.    

Selain dari minum air kelapa, petua orang dulu-dulu, suruh tidur atas daun pisang. Aku tak buat sebab lupa. Petua lain suruh tidur atas daun semambu/bambu. Aku panggil daun bambu. Kat rumah mak aku memang payah nak cari pokok bambu ni. Sudahnya tidur bealaskan kain pelekat/batik je.

Masa aku post gambar anak aku kena chickenpox dalam FB, kawan aku Musliha mengesyorkan guna Bedak Sejuk Daun Mambu. Lebih cepat kering dan tiada tanda nanti. Berkira-kira, petang balik keje nak singgah The Store…tup..tup..mak aku call kata Musliha ada hantar Bedak Sejuk Daun Mambu tu…Ya!Allah….baiknya hati kawan aku sorang ni….kebetulan dia kat The Store katanya….murah rezeki dia sekeluarga. 

Aku terus stop pakai Calamine. Aku try pulak Bedak Sejuk Daun Mambu. Habis satu badan aku lumurkan. Tak payah susah-susah cari daun bambu lagi….Nasib baiklah Qayyum kena lepas kena sunat. Kalau kena waktu sunat ritu, masak aku….jenuh nak menjaga sebab kat bebirds diapun kena….huhuhuhuhu….

Inilah rupanya Bedak Penawar Chickenpox tu….Bedak Sejuk Daun Mambu. Selain dari merawat Chickenpox, ia juga digunakan untuk jerawat, gatal-gatal badan, kayap dan lain-lain yang berkaitan dengan gatal badan.

Aku ni jenis cepat risau. Lagi-lagi tengok kesakitan yang anak-anak aku tanggung. Alhamdulillah, 2 hari pakai, chickenpox makin kecut dan kering. Lega rasanya…..Meh aku kongsikan tips/cara menjaga orang kena chickenpox ni.

Tips/Petua Jaga Anak Kena Chickenpox

  1. Bila dapat tahu petanda-petanda kena Chickenpox, jangan makan ubat klinik/hospital sebaliknya minum air kelapa muda.
  2. Sapukan Calamine/Bedak Sejuk Daun Bambu pada chickenpox. Jika boleh gunakan putik kapas dan bukan dengan tangan bagi mengelakkan jangkitan. 
  3. Hari pertama dan kedua, aku tak benarkan anak-anak aku mandi lagi sebab masa tu chickenpox tengah membiak kan. 
  4. Hari ketiga dan seterusnya baru boleh mandi. Aku suruh anak-anak aku mandi dengan air suam pastu bilas dengan air beras. Fungsi air beras tu jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak tau. Semua tu petua orang tua-tua. Terpulang nak mandi sekali atau 2 kali sehari. Lap kering-kering dan sapukan Calamine/Bedak Sejuk Daun Mambu pada chickenpox.
  5. Jika boleh, alaskan tempat tidur dengan daun pisang atau daun bambu.
  6. Asingkan pakaian anak yang kena chickenpox dari yang lain bagi mengelakkan jangkitan. Kemudian rendam pakaian dengan Dettol.   
  7. Elakkan memasak makanan berkonsepkan gorengan kerana dikhuatiri chickenpox tu akan makin kembong (kot). Tapi kekadang mak aku belasah je goreng ikan sebab dah tak tau nak masak apa kan. Janji budak-budak tu jauh dari dapur.
  8. Jangan makan makanan yang gatal sebab nanti lagi gatal.
  9. Jangan makan kicap, kopi atau barangan yang gelap-gelap…hehehehe…dikhuatiri bekas chickenpox tu akan bertanda hitam.
  10. Elakkan keluar bersiar-siar, bermain atau sebagainya kerana dikhuatiri akan berjangkit pada orang lain. Tak pasal-pasal kena denda RM800 pulak nanti…hehehehe…
  11. Elakkan dari kena hujan kerana boleh mengakibatkan bekas chickenpox tu akan berlubang.
  12. Elakkan anak dari menggaru kerana bimbang akan berkesan nanti.
  13. Makanan untuk anak kena chickenpox ni lebih kurang masakan orang dalam pantang. Aku selalu buatkan ikan (yang tak gatal) masak bening, sup daging, masak lemak ikan dan bubur. Bila dah kering sikit tu, aku bagi gak makan sambal sikit buat hilang kempunan. 
  14. Bila dah kering, boleh mandi ngan Dettol bagi membunuh kuman-kuman ek…sekian.

Itulah serba sedikit Tips/Petua yang dapat aku kongsikan jika korang atau anak-anak korang dijangkiti chickenpox. Petua orang dulu-dulu kena digunapakai jugak walaupun dunia makin moden. Hati-hati dengan chickenpox yang dah kering tu…bila dah nak tertanggal, itulah pembawa virus sebenarnya. Lagi mudah berjangkit. Harap-harap dapat membantu korang. Lain orang lain caranya.

14 thoughts on “Pengalaman menjaga anak kena Chickenpox”

      1. Hai Alin…bole saya tau.mana nak beli bedak penawar daun bambu tu..merata saya cari di kedai2 jamu tapi semua kata takda….anak saya kene chicken pox hari ke 5 dah masih ada blister yg tak.kering…terima kasih

  1. memang kuarantin je anak time kene chicken pox ni..kene time kecik meragam jgkla..tapi alhamdulillah sapu calamine tu sgt membantu

  2. Anak aku yang tembam pun dah kena lin.. Sib baik nenek ada nenek, so nenek rela hati jaga dia. aku tak yah ambik cuti.Besar pengorbanan ibu kita kan. Tapi kan anak aku yang sulung belum kena lagi..kan senang kalau dua2 kena sekali kan..btw thanks lin for the tips!!

  3. Saya buat sendiri bedak sejuk daun semambu/ bambu… tumbuk lumat campur bedak sejuk buat cam paste

  4. Thanks sbb kongsi pengalaman…anak saya baru kena semalam umur dia 11 bulan…risau saya dibuatnye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge