Gara-gara duit Bantuan RM100

Rentetan coretan aku di mukabuku semalam….ada yang kata aku meroyanlah…merabanlah…cik kak oiii…aku tak meroyan pun…aku cuma luahkan hati aku jer….

Erti Meroyan : Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression – PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak.

sumber : wikipedia

Aku baru lepas beranak ke nak meroyan bagai….Nak cakap tu tengoklah atas bawah dulu ye…..

Kisahnya…

Aku dapat tahu pasal nak dapat duit Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM100 nipun melalui group whatsapp. Tupun bespren aku yang bagitau. Thanks Ajim :). Katanya, duit Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM100 akan dapat pada hari Rabu (14.1.2015). Aku dapat tahu malam Selasa. Anak aku kan masih belum bersekolah. Kawan-kawan dia pun tak online tu memang susah nak tanya perkembangan sekolah. Manalah sempat nak ambil cutikan. Pak Rashid pun mana sempat nak amik cuti jugak. Maka hari Khamislah gamaknya.

Seawal pagi Rabu tu aku call pejabat sekolah. Blaa..blaa…aku tanya pasal duit Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM100 tu…Jawapan kerani yang menjawap call aku…aku kena call jam 10.30 keatas dan bercakap dengan 3 orang cikgu yang berkenaan dengan penyerahan duit Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM100 tu….

Lebih kurang jam 10.35 pagi aku call sekali pejabat sekolah anak aku.

“Boleh saya bercakap dengan Cikgu A ke B ke atau C?” dengan nada paling manja sekali. “Pasal apa ye”

“Puan, anak saya masih belum bersekolah sebab demam chickenpox dan saya dapat tahu berita inipun malam tadi. Jadi, saya dan suami tak dapat ambil cuti memandangkan lambat dapat tahu. Boleh tak saya ambil esok (Khamis)?” rayu aku.

“Kami memang nak bagi duit tu hari ini.”

“Saya tahu Puan tapi saya dan suami memang tak boleh nak cuti hari ini. Besok tak boleh ke Puan?” rayu aku lagi…

“Kalau saya tak dapat datang hari ni…apa akan jadi dengan duit tu?” soal aku lagi

“mmm…yang tu kita belum fikirkan lagi….kita memang nak bagi duit hari ni je”

“mmmm…takpelah Puan….takpe…” sayu sangat jawabku ketika itu.

“Puan datanglah kejap…kita akan bagi sampai petang. Ambillah halfday ke”

“Tak boleh Puan…saya kerja di KL..agak jauh kalau nak ulang balik…takpelah Puan…”

Bukan rezeki anak aku kot. Bukanlah aku sengaja tak boleh ambil tetapi dah terikat dengan kerja kan. Bukan opis aku sendiripun kalau nak keluar masuk. Bukan semua MAJIKAN faham situasi kuli macam aku ni. Lagipun bukannya dekat nak ulang alik.

Macam-macam komen aku dapat semalam termasuk penjelasan dari kawan-kawan aku yang terkena jugak. Ada jugak kawan-kawan aku yang jadi cikgu dan kerja kat sekolah pun terpalit sekali ngan aku punya “meroyan” tu.

Disini aku ingin jelaskan, aku tidak sama sekali menyalahkan sesiapa. Marahpun tidak. Aku cuma terkilan dengan jawapan yang aku terima. 

Ya…aku tahu…tak semua sekolah sama caranya…

Ya….aku tahu…dorang taknak simpan duit yang ribu riban tu kat sekolah….

Ya…aku tak kata pun cikgu ke sekolah ke kementerian ke yang akan gunapakai duit tu…

Cuma…lain kalilah kan….sekolah ni patut ada jawapan yang pasti untuk menjawap semua persoalan mak bapak yang punya masalah macam aku…. 

Aku dah patah hati kot nak amik duit bantuan tu. Memanglah sesetengah orang taklah heran sangat dengan RM100 tu….tapi aku herannnnn hokeyyyyy…

tapi Nasib baik laki aku yang sangat cool lagi sado tu cuba pujuk hati aku….dia ambil cuti nak pi ambil duit tu kat sekolah hari ini. Itupunnn…..itupunnn nasib baik dia cepat….kalau tak kena tunggu anak aku sihat dan datang sekolah dulu baru nak bagi duit bantuan tu….

Untuk masa hadapan, tolonglah pandang cadangan saya ini ye…kalau dah tak koser nak bawak duit bebanyak tu…masukkan je dalam akaun masing-masing macam BR1M tu…lagi senang…lagi cepat dan mudah. Takdelah cikgu-cikgu nak risau bawak duit berlonggok-longgok tu kan…Tolonglah cadangkan ek….

Sekian.

1 thought on “Gara-gara duit Bantuan RM100”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge