Dinner at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Kuala Lumpur

Assalamualaikum readers……Biasalah akak terkesan selalu tertinggal ketapi….cerita ini agak basi sedikit. Berlaku Disember yang lepas 🙂

Seperti kebiasaan, bos aku tu selalu belanjer staff. Nasiblah dapat staff yang kaki paw kan…hehehehe….tambah pulak buat sekali ‘farewell’ budak chambering kami, Bella. Kali ni, kami gi dinner pulak sebab boleh lepak lama sikit kan…nasib baik Pak Rashid sporting (buat masa nilah). Kebetulan dia pi oustation ke Alor Setar…siap jemput aku lagik. Sayanggggg Pak Rashid 🙂

Kalau tanya pendapat staff, macam-macam tempat kami request especially tempat yang belum kami gi kan…tapi bos kata pi situ…situ jelah kami tadah. Akhirnya, bos putuskan gi dinner kat Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Kuala Lumpur . Actually, restoran Makan Kitchen, Double Tree ini di sebumbung dengan Hilton Kuala Lumpur

Rupa-rupanya Makan Kitchen, Double Tree ni kat bangunan The Intermark. Kalau dulu-dulu tu bangunan Plaza Yow Chuan tempat karoeke tuuuu…Aku pernah gi sekali je karoeke….tupun BIL aku yang bawak. Siap bawak MIL & FIL lagi…pelik je dorang tengok kami..hehehehe….

Jom tengok apa yang best kat Makan Kitchen, Double Tree nie…..

Teknik Bakar Lemak Dengan Pantas!

Tempat pertama aku suka tengok. Desert! Aku memang hantu kek…tapi kek keju kat sini tak sesedap SHERATON…..

Satey kat sini memang marvelous…..sedap sangat…memang rekomen….

Lauk pauk tapi tak banyak pilihan pon…aku yang kengkunun diet…tak makan pun lauk pauk ni….

Kelemahan aku bila makan di tempat-tempat buffet ini ialah…aku tak tahu/tak pandai nak makan apa…selalu tengok member makan dulu…baru aku pi try. Tekak orang kampungkan…hehehehehe…So, jom try sup di Makan Kitchen, Double Tree….

Hasil makanan pertama yang aku try…..hmmmmm…sedap gak…

Geng CLPG bersama tetamu jemputan 🙂

Muka kenyang makan free 🙂

Makan Kitchen, Double Tree menyediakan 6 jenis masakan iaitu Melayu, Cina, India, Peranakan, Kristang dan Iban. Patutlah ada waiter suruh cuba ayam masak dalam buluh…tapi kami tak cuba pun.Walaupun tak meriah sangat pilihan makanan tapi berbaloilah buat perut kecik aku ni kan…dah free plak tu….

Teknik Bakar Lemak Dengan Pantas!

Overall, kalau nak suruh bos/boypren/gilpren/kengkawan/husband/wife korang belanje ke…memang rekomen makan di  Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Dekorasi yang cantik terutama waktu malam. Makanan pun sedap jugak (di tekak akulah). Gi la cuba…..

Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
The Intermark 348 Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur, 50400 Malaysia
T 60-3-2172 7272

Harga Dinner : RM108+++ (6.30 p.m – 10.30 p.m)

4 thoughts on “Dinner at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge