Cara Mudah Susun Buku Sekolah Ikut Jadual Waktu

Salam uolsss. Terkesan dengan satu viral gambar Tips Susun Buku Sekolah Ikut Jadual Waktu yang tengah hot sekarang ni. Dah bertahun sekolah, tak pernah terfikir pun nak buat camtu.

Aku memang pening kalau tengok Qayyum susun jadual tiap hari. Dengan muka ketat dia…dengan tak boleh tegur masa tu..dengan terkial-kialnya dia….sakit je hati aku nengok. Qayyum ni memang amat teliti dan cerewet bab susun buku ni…Dalam beg pun kalau tak teratur mesti dia tak suka….cerewet sapa dia ikut tak tahulah aku (mesti cerewet nenek..hehehehe) Bila tengok gambar viral tu….mmmm…menarik dan tertarik….. mudah dan praktikal sangat….

Bahan-bahan nak buat penanda buku ni pun dah ada. Aku memang beli kertas kaler-kaler tu. Standby. Kekadang budak-budak ni suka last minit bagitau….bila dah ada tu…takdelah kelam kabut.

Anak-anak aku termasuk apak dorang siap gelak-gelakkan aku….pelik kot. Tapi akhirnya dorang suka jugak. Menyenang dorang jugakkan…. 

Tadaaaaaa!!!

Siap sudah penanda buku. 1 warna mewakili 1 hari. Contohnya, warna hijau (jadual hari Isnin), Kuning (jadual hari Selasa), Merah (jadual hari Rabu), Biru (jadual hari Khamis) & Oren (jadual hari Jumaat). Mudahkan? Anak-anak cuma susun buku ikut warna penanda buku teks itu saja. Tak perlu nak tertoleh-toleh tengok jadual (macam Qayyum) 🙂

Selamat mencuba macam saya…..

2 thoughts on “Cara Mudah Susun Buku Sekolah Ikut Jadual Waktu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge