Krim Kecut Jerawat

Aku jarang menulis tentang kosmetik dan seangkatannya. Sebab muka aku adalah jenis jerawat tegar. Nasib baik ada 360…muahahahahaha…nampak licin sikitkan….

Dari zaman remaja sampailah remaja purba ni….jerawat memang tak pernah pergi dari wajah aku….sampai satu tahap sampai aku hilang kenyakinan. Aku rasa macam semua pandang jerawat aku..huhuhu…Dan aku ni pulak….kalau muka tengah naik jerawat, memang malas nak touch up lelebih. Aku rasa down giler…..dah macam-macam produk aku cuba…dari yang murah sampailah yang mahal. Semua tak menjadi. Buat penat jelah promoter-promoter kecantikkan suruh aku cuba produk dorang…memang aku bolayan.

Satu hari seorang rakan sepejabat suruh aku cuba krim kecut jerawat keluaran Abang Terlajak Laris ni. Muka dia lebih kurang aku gak….masih gedik lagi nak berjerawat. 

Sebelum cuba, aku biasanya akan google buat research. Seperti biasa, aku memang mudah tergoda. Terus cari dan beli Krim Lunas Jerawat keluaran D’Herbs di kedai jamu di Maju Junction.

Nampakkan jerawat aku yang banyak tu…..dah tutup dengan bedak pun still terjojol…kekekekeke….

Mari kita cuba! Kalau dalam masa sebulan tiada follow up aku berkenaan Krim Lunas Jerawat  ini, maka tiada kesanlah buat aku dan aku malas nak tulis kisahnya lagi. Sekian.

3 thoughts on “Krim Kecut Jerawat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge