Langit Terbuka

Salam Jumaat. Minggu ni cuma bersiaran 2 kali je…itupun dah di ‘auto publish’ jek….Tak sempat nak buat apa. Tak sempat nak berjimba-jimba jugak. Minggu lelah buat aku…

Pak Rashid pulak djangkiti demam chickenpox. Dah tua-tua kena demam campak ni memang agak mencabar. Akupun dalam minggu ni kena naik public transport (KTM). Nak buat macamana kan…dugaan hidup.

Aku bersyukur sebab masih menikmati kehidupan disamping keluarga tercinta. Masih berada bersama abah, mak, adik-adik, adik ipar yang semuanya boleh saling bantu-membantu di kala aku kesusahan. Bayangkan jika aku kat Korea…..hahahahahaha…just kidding. Yelaaa…bayangkan kalau rumah mak abah aku jauh….pada saper aku nak harapkan bantuan. Tak semua orang suka membantu kan….

Bila Pak Rashid jatuh sakit, aku belajar erti berdikari walaupun taklah berdikari sangat kan. Pergi balik kerja tetap harapkan abah hantar dan jemput aku kat stesyen komuter. Pagi-pagi dah hantar Qayyum pergi sekolah dulu. Pastu balik rumah, siap-siap nak ke tempat kerja pulak sambil pandang sayu kat Pak Rashid. Cepatlah sihat…huhuhuhu…Bukan aku tak boleh buat tapi selagi ada laki kan…

Pagi tadi, lepas hantar Qayyum ke sekolah pagi tadi aku lihat dan rasa semacam pabila melangok ke langit.

Langit bagai terbuka luas. Langit begitu cantik. Langit bagai berkata sesuatu padaku. Langit seakan tahu akan hatiku. Terima kasih Tuhan, sehingga ke hari ini aku masih bernafas dan bisa bahagia bersama orang kesayanganku.

p/s : Semoga Pak Rashid cepat sembuh. Jangan risau parut-parut tu…qu puteh kan adaaa…barulah putihhhhh…….kekekekekekeke…. 

 

15 thoughts on “Langit Terbuka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge