Outdoor Shooting

Zaman sekarang semua majlis ada acara outdoor photoshoot kan! Layankan aje….

Disebabkan photographer mahukan dayang-dayang ni jadi prop dorang, kami pun dengan rela hati suka bangat nak mengikut Pira dan tunang shooting outdoor….

Dari pilih jalan lengang, hutan belantara, taman layan-layang ….akhirnya ke Tasik Titiwangsa kami….

Dari 6 orang bridesmaid, tinggal 5 terus tinggal 4 orang je. Yang sorang..anak merengek tak sihat. Yang sorang dah senak perut..anak menendang-nendang pulak….nasib baik 2 orang bridesmaid cilik teman….

Tengah possing, seorang brader ni datang bawa ular kat kami. “Nak photoshoot ngan ular tak?” Aku yang lari dulu bila nampak ular sawa 2 ekoq tu…mak geli geliman tau…yang lain selamber je usik ular tu…aku nyorok je lebih. Balqis pun tak takut pegang ular sawa tu….kalau aku yang pegang memang mati terkejut kot ular tu…hehehehe…Anyway, thanks brader sebab sudi jadikan ular sawa tu prop kami 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge