15 tahun

Masa mula-mula kahwin : Awak…nanti annivesary ke 5 kita pi honeymoon ek?

Laki jawab : Ok

Bila 5 tahun kahwin :  Awak…annivesary 10 tahun nantilah baru pi honeymoon…5 tahun baru sangat kahwin.

Bini jawab : yelaaa

Bila 10 tahun kahwin : Awak…dah 10 tahunlah kita kahwin. Jomlah honeymoon.

Laki jawab : Ala….baru 10 tahun…tggulah 15 tahun plak…baru best….

Awak..dah 15 tahunlah kita kawin….bila nak honeymoonnya?

Laki jawab : Lahhh…dah 15 tahun ke kita kahwin? Alang-alang tunggu annivesary ke 20 tahun nantilah…boleh gi negara idaman yang awak nak pergi sangat tu….

Bini : Huhhhhhh!!!!!sentap!!!!

Pak Rashid ni memang romantik orangnya tapi bab nak suprise ke nak celebrate ke memang bukan dia orangnya lah kan.Kalau bukan aku yang ingatkan tarikh-tarikh istimewa kami memang taklah dia nak ingat sendiri…Aku siap bagi hint-hint pun dia buat dekkk jeeerrrr…Aku selalu bajet konon-konon ada orang hantar bunga kat opis….hmmmmmm….memang takah kan!!Last dapat bunga rasanya masa dapat kakak Balqis 14 tahun dulu….tapi aku taklah ralat sangat tak dapat bunga…baik bagi aku coklat ke..perfume ke..pandora ke kan?

Hari ini genap 15 tahun kami kahwin. Sejak kawin belum pernah pergi honeymoon walau sekalipun. Style kami, Kalau nak berjalan kena angkut semua. Bila tak bawak nanti asyik rasa bersalah je kat anak-anak. Tu yang Pak Rashid kata tunggu ulangtahun ke 20 nanti baru boleh honeymoon sebab anak pun dah besar masa tu…tunggu jelaaaaa……tak kisah sangat pun walaupun kesah kan….jangan kendong anak kecik dahlah….kekekeke…

Selalu gak orang cakap nampak sweet couple je kan? Memanglah nampak sweet sebab tengah sweets….hehehehe…cuba time sour…mesti muncung sedepa. Dalam rumahtangga ni manalah ada yang perfect kan? Mesti ada pasang surut. Mesti ada gadoh punya…tapi takkanlah kita nak bagitau se’facebook’ kan…Aku dan Pak Rashid tak suka gadoh lama-lama. Sebab masa gadoh muka memasing tak lawo langsung. Sorang macam mak lampir…sorang cam hantu raya….keekekekeke…pastu anak-anak aku dah besar…so, tak eloklah nampak sangat kami tengah bergadoh kan…Selalunya bila gadoh-gadoh manja tu…Pak Rashid yang selalu mengalah. Kalau aku buat bodoh jer….aku kan manjerrr…so..biarlah laki yang pujuk kan. Kang ngajok lama-lama siapa plak yang rugi kan?????

Lagi satu…akukan banyak duduk rumah mak aku berbanding rumah sendiri…so nak gadoh baling pinggan pangkuk pun memang taklah. Nak gadoh jerit-jerit lagilah tak. Jadi, tak bolehlah nak bergadoh sakan kan. Kalau gadoh pun mesti mak abah aku tahu plak nanti sebab muka memasing dah macam mak lampir dan hantu raya kan. Itulah untung dan kelebihan kalau duduk ngan mak abah yang sportinglah macam family aku. Kalau dapat family yang jenis suka masuk campur memanglah haru biru….

Kita manusia cuma merancang. Tuhan yang menentukan. Hari ini kita bajet kitalah bahagia sangat tak mustahil suatu hari kita akan rasa tak bahagia pulak kan. Berdoalah. Itu senjata kita sebagai manusia jika mahu rumahtangga kita aman dan kekal sehingga ke akhirnya.

Awak…terima kasih sudi jaga saya dan anak-anak selama 15 tahun nie..saat susah, saat senang, saat getir, saat kita diduga…awak tetap jadi tulang belakang saya. Terima kasih atas kasih sayang awak yang tidak pernah pudar selama 15 tahun ini. Terima kasih sudi melayan dan menghadap sikap mengajuk saya, sikap manja saya, sikap mengada saya, sikap entah apa-apa saya….selama 15 tahun ini. Saya harap awak masih dapat bertahan melayan saya sampai masa tua kita nanti. Kalau ada perasaan dah tak tahan tu…silalah bagitau segera. Jangan bagi saya memendam. Jangan bagi saya terluka. Jangan buat saya terseksa. Saya tak suka macam tu sebab buat saya makan hati dan seksa hati. Semoga ikatan perkahwinan kita akan kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Abang.

Dari isterimu 🙂

4.3.2000 – 4.3.2015

8 thoughts on “15 tahun”

  1. Kak Alin, hepi enibeseri2… moga cinta kalian hingga hujung nyawa.
    Stil nmpak mcm pengantin baru sebab muka k.alin tu awet muda betul..hehhe tak yah nak telan Vivix kan.. huhju

    K.alin dlu masa awal2 kawen xp hanimun jugak ke smpai skrg?
    Okla anak2 da besar bole la nanti..
    Myra Jay recently posted..Kegunaan Basic H Shaklee (Testimoni)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge