The Luckiest

Apalah sangat takat kahwin 15 tahun berbanding orang yang dah kahwin 30-40 tahun kan….Tapi aku banggalah….15 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Ada orang kahwin 15 bulan pun boleh berpisahkan. Tapi ada gak yang dah kahwin 50 tahun berpisah jugak. Semua itu atas kehendak Allah jugak. Kita yang kena pandai-pandai tepis segala dugaan yang mendatang. Kalau dh tertulis…siapalah kita untuk menghalang. Mungkin ada hikmah yang lebih baik.

Dan akupun bukanlah nak menunjuk yang macam aku sorang je bahagia…yang aku sorang je sweet couple…Demi Allah! Aku bukan nak menunjuk. Aku cuma mahu mengabadikan keindahan dalam berumahtangga bersama Pak Rashid.

Semalam Pak Rashid ajak dinner kunun-kunun nak celebrate annivesary kami. Kalau dulu-dulu kitaorang rajin amik halfday….pi makan-makan…pi tengok wayang…tapi sejak opis aku tak boleh ambil halfday…so kami jalan-jalan sambil makan-makan lepas balik kerja. Tengok wayang? memang taklah sebab hari bekerja memang aku malas nak tengok nanti penat…Nasib baik anak-anak aku dah besar. Senang sikit. Mula tu, Pak Rashid ajak dinner kat hotel. Whatttt????baik tidur kat hotel je kan….kekekeke….tapi memang taklah nak tidur bagai kat hotel. Kesian kat anak-anak pulak. So, kami decide candle light dinner kat One Utama je. Tak planning pun….main redah je. Kebetulan aku memang kenyang..malas nak makan berat. Pak Rashid ajak makan kat Seoul Garden…memang taklah kan aku nak pi. Buat rugi duit dia je…sebab aku memang tengah kenyang. Puas ke hulu ke hilir, akhirnya kami makan kat Secret Receipi je.

Dua laki bini yang sengal…hehehehehe..

Aku bajet budak Secret Receipe tu tulis atas kek…tak sangka cantik plak dorang deko atas piring kek tu. Dan lagi terharu, siap letakkan lilin nan sebatang & hidupkan api sekali…so sweets…aku malu plak…kekekekeke…

Malu tapi mahu….gigih suruh budak Secret Receipi tu tolong snapkan. Dia pun faham akak giler glamerkan…kekekeke..Tak puas hati gambar sekeping ngan kek cantik tu…..hahahahaha..

Thanks Abang sebab sudi jaga saya selama ini 🙂

Terserlah ketembaman aku….

Aku pilih Olio SpaghettiPak Rashid pilih Black Pepper Puff je. Aku paksa habiskan spaghetti aku tu…hehehehe…Happy ending 🙂  

Bahagia selagi boleh bahagia. Gembira selagi boleh gembira. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge