Apa itu Homeopathy?
HOMEOPATHY (HOMOEOPATHY) BERASAL DARIPADA PERKATAAN GREEK, HOMEO BERERTI SEPERTI, SEAKAN, SEMISAL, SERUPA, SEIRAS, DAN SERAKSI. PATHY BERASAL DARIPADA PERKATAAN PATHOS BERERTI SAKIT ATAU PENYAKIT. Sebenarnya Homeopathy mempunyai satu prinsip tetap iaitu dalam bahasa latinnya ialah “Similia Similibus Curentor ”yang bermaksud “Seraksi dengan Seraksi Menyembuhkan”( Likes By Likes are Cured ). Maksud Homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang mempunyai khasiat yang serupa dengan gejala orang sakit itu. Jadi Homeopathy adalah cara memberikan ubat kepada pesakit yang mempunyai gejala yang sesuai dan seraksi dengan gejala orang yang sakit itu. Sistem Perubatan Homeopathy sangat mementing pesakit daripada penyakit, walaupun penyakit yang sama namun dari segi rasa, waktu melarat iaitu gejala pesakit tetap ada perbezaan. Dengan erti kata yang mudah homeopathy merawat pesakit bukan penyakit.
Aku diperkenalkan oleh sepupuku Norazita, tentang Klinik Perubatan Homeopathy Hasan ini. Bermula bila aku bercerita tentang sakit pinggang yang aku alami yang pada mulanya masa nak datang bulan melarat hingga selepas datang bulan dan langsung berminggu-minggu pulak sakitnya. Seksanya aku menanggung sakit lebih kurang sakit pinggang macam nak bersalin tu. Alhamdulillah, Ita serasi dengan rawatan dan ubat di Perubatan Homeopathy Hasan. Sakit pinggangnya lega bila datang bulan.
Aku adalah jenis manusia yang penakut kalau bab doktor dan hospital. Bila aku mula takut, macam-macam yang aku fikirkan. Pada fikiran aku, lebih baik aku cuba di Perubatan Homeopathy Hasan dahulu sebelum ke klinik atau hospital. Bertemankan Pak Rashid, kami ke Perubatan Homeopathy Hasan di Bandar Baru Bangi.
Perubatan Homeopathy Hasan terletak di tingkat 2 di Kompleks PKNS Bangi. Masa aku pergi tak ramai pesakit. Semua pembantu klinik kat situ kaum lelaki. Selepas daftar terus aku disuruh jumpa dengan doktor yang aku lupa namanya 🙂
Bila aku masuk je bilik doktor tu, doktor terus cakap “Untuk kesuburan ye Puan?” Blurpppppp…terus merah muka aku. Terkedu terus. Macam tahu-tahu je doktor ni tau…malu aiii…..
Aku terus duduk dan cakap bukan pasal kesuburan. Pasal sakit pinggang aku yang rasa macam nak patah ni. Terus aku diselidik, pernah eksiden ke, pernah jatuh terhentak ke, bersalin normal ke, pernah ambil epidural ke….
Jatuh eksiden pernahlah…tapi 2 tahun lepas….aku bersalin normal kedua-dua anak aku. Pantang pun memang aku jaga sungguh.
Lepas tu, doktor suruh letak kedua-dua tangan aku atas meja. Sambil dia tengok tangan/jari aku…sambil doktor tengok satu kertas yang memang aku tak faham. Mungkin itu cara rawatan homeopathy.
Lepas selidik tentang ada kebas tak, ada krem tak..Memang aku tak rasa semua tu…aku cuma rasa sakit kat tengah-tengah pinggang…bila dah duduk nak bangun..azabnya….
Lepas tu…doktor kata, pinggang okay. Cuma berpunca dari saraf je…Kronik tak doktor? Aku dah cuak. “Saraf je” jawab doktor. Lega. Alhamdulillah.
Doktor bagi 3 ubat untuk lebih kurang 3 minggu. Ubat pertama warna pink. Makan sebiji setiap satu jam. Bila dah habis sambung ubat kedua warna putih. 1 biji setiap 3 jam sekali. Dan ubat terakhir yang bewarna putih jugak. Makan 2 biji 3 jam sekali. So far, baru makan ubat kedua.
Doktor kata, kalau makan ubat homeopathy ni rasa lagi sakit, pening, loya…bermakna ubat itu mujarab dengan diri kita. Kalau tak rasa apa-apa lepas habiskan ubat…boleh jumpa doktor lagi 🙂
Jumlah untuk ketiga-tiga ubat adalah RM35.00. Murahkan?
Pada sesiapa yang nak cuba rawatan secara homeopathy ni bolehlah pergi ke Perubatan Homeopathy Hasan di Kompleks Bangi. Dibuka setiap Isnin-Khamis & Sabtu. Hari Jumaat & Ahad tutup kecuali ada temujanji. Waktu rawatan adalah dari jam 9.00 pagi – 6.00 petang.
Alamat Perubatan Homeopathy Hasan
Lot 2.08, Kompleks PKNS
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89267831
p/s : aku akan update progress kesihatan dan keberkesanan ubat homeopathy ini kemudian. Semoga diberi kesihatan buat diriku.
Doktor Hasan yer.
Pernah belajar Homeopathy dengan dia dulu, sangat tenang orangnya.
Anak menantu dia ramai juga jadi pengamal Homeopathy.
Semoga sembuh sakitnya itu ya.
EjamOthman recently posted..Tidur Di Pejabat Hilangkan Penat.
klinik dr hasan tapi bukan dengan dia sy check…ejam penah belajar ek..susah ke? insyaAllah…tq
Bagaimana dgn sakit pinggang tu? Dah elok sepenuhnya?
kurang sedikit…tak hilang sepenuhnya
lin ok ke perubatan cara ni?
kak makan ubat yang pertama rasa mengantok tak?
Saya Diana dr Cheras..hari pertama amalkan ubat ni..dapat rasa effect pening..loya tu..tp husband pun ada makan juga..set utk dia dan dia rasa seram sejuk dan nafas pendek..maybe itu effect keberkesanan ubat homeopati agaknya..sebab kami x di beritahu ttng sebarang effect ni.. 🙂
yeke… memang pening skit mula2
selamat pagi
sekarang klinik tu masih ada ke..saya nak buat untuk slipdisk saya ni.
tak pasti … saya pi pun sekali
Baru pergi last week, sofa doc memang x ckp effect ape ape makan ubat ni, same la ubat yg sy dpt utk sakit tangan pon mcm nie 😬 Baru try makan botol ke 2 . Harap2 mujarab
saya sekali je pi pastu tak pi … huhuhu