Billy Bookcase Ikea

Wishlist No. 5 (2015)

Aku memang dah lama mengidam nak beli almari buku/bookcase kat Ikea tu. Memandangkan buku novel aku dah menimbun kan….dari tahun ke tahun tak beli-beli jugak. Sampai dah hilang pun ada. Jadi, salah satu wishlist 2015 aku adalah untuk merealisasikan impian aku tu.

Untuk merealisasikan impian aku tu haruslah bawak Pak Rashid kan 🙂 Pergi tanpa anak-anak sebab masa kami pergi tu dorang sekolah. So, dating berdua lepas balik Klinik Homeopathy ritu…. 

Banyak kali pergi Ikea, lalu lalang hanya mampu tengok je Billy bookcase tu…..

Eh! Betul ke nak beli awak????Macam tak caya jek….

Dah masuk dalam bonet kereta…confirm belilah kan? hehehehe…Mr. W aku ni memang multipurpose. Dari beli almari baju, cermin, meja makan yang kecik, semuanya sumbat dalam Mr. W aku je…kecuali sofa memang kena suruh Ikea hantarkan. Caj penghantaran yang dikenakan oleh Ikea adalah sebanyak RM75 (lembah klang). Jika upah pemasangan pula adalah sebanyak 8% dari harga barang yang anda beli dari Ikea. Dah jimat berapa tu kan….

Sikit lagi tu……kasi sumbat….

Akhirnya muat jugak dengan syarat mem kena duduk belakanglah…

Proses pemasangan oleh Pak Rashid dan anak bujangnya. 

Do It Youself! Tak susah manapun. Ikut je direction yang diberikan.
Tadaaa…..dah siap billy bookcase aku 🙂

3 thoughts on “Billy Bookcase Ikea”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge