Tebus voucher Padini

hai blogger…satu lagi entri fresh dari hakak ek….

Entah kenapa harini aura menulis terlebih-lebih pulak….

Minggu lepas aku dapat voucher dari Padini. Dorang poskan kat opis aku. Buka-buka tengok dapat RM40 hengget. Best gak ni….

IMG_20150303_100325

#akuyangdapatkauyangsuka 🙂 satu-satunya budak chambering yang sangat baik, ceria, rajin dan sangat kelakar. Aku selalu suruh dia cuba bakat untuk jadi Pelawak. Tak mustahil kan?

Lepas makan meatball tadi, terus ajak Pak Rashid ke Padini Outlet di IPC. Malangnya takde diskaun plak. Bila lagi aku nak ke situ kan…nak taknak kenalah tebus harini…

Nak cari kasut kerja ke kasut jenjalan ek? Puas gak mencari harga yang sama ngan voucher bernilai RM40.00 tu. Ada….tapi tak berkenan plak. Aku tak suka pakai high hill sebab nanti cepat sakit kaki. Maybe tak biasa pakai kot. Atau mungkin akibat kemalangan 3 tahun lepas membuatkan kaki aku semakin cepat penat. Mungkin!

20150311_194004

mmmm…kena ke kaler ni ngan kaki aku?

20150311_193942

macam tak cun plak…

20150311_194358

Setelah mencuba 2-3 pasang…akhirnya aku pilih kasut flat ni…pilih kaler selamat…brown. Harga kasut ni RM69.00. Tolak voucher RM40.00 cuma bayar RM29.00 je. Kasut ni nak buat pi jalan pun boleh…pi kojer pun boleh. Aku bukan pesen…kalau pakai baju biru..kasut kena biru…pesen aku…cacamerba…tudung pink, baju hijau,suar hitam, kasut coklat, handbag merah pun aku tibai. Naik motor takda sapa nak pandang…..heheheehhe..

Kebanyakkan kasut aku memang dari Padini. Mungkin harganya agak berpatutan buat aku. Tak mahal dan taklah murah sangat. Tapi bila sale memang berbaloi. Bukan aku tak penah cuba brand lain…dahpun…cuma kebanyakkannya akan makan kaki aku. Orang kata petua pakai kasut baru kena gigit kasut tu dulu. Buat gak. Ada yang menjadi…ada yang makan kaki aku sampai berdarah. Huhhh! Nak beli lebih branded dan mahal..tak sesuai ngan aku. Aku ni bukanlah jenis orang yang pandai jaga barang. Macam kasut kerja aku…pakai sampai hancus….malas nak bertukar-tukar kasut.

Tapi….kasut raya nanti macam nak beralih brand pulak….saja tukar taste. Kasut raya aku selalunya a.k.a kasut pi wedding atau dinner ke. Jarang pakai pi kerja. InsyaAllah…ada rezeki lebih boleh beli yang mahal skit kan. Sekian. Goodnight 🙂

P/s…puasa pun tak habis ganti lagik….huhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge