Selamat Pengantin Baru BFF

Ahad lepas, berlangsungnya Majlis Perkahwinan Best Friend Forever aku, Azim dan isterinya Aiza. Kami gelarkan perkahwinan bongsu buat kelas kami sebab antara kami, dia paling lambat kahwin. Azim merupakan kawan rapat aku. Kawan suka dan duka. Dari sekolah tadika sampai sekarang persahabatan kami.

Bila dengar dia nak kahwin, kami Geng Copy & Paste paling seronok dengar. Tak sabar rasanya menanti hari bahagia #bff aku ni. 

Kawan aku nan seorang ni nak balik, sibuk berselfie ngan Ajim walaupun Ajim tak layan. Ngeh..Ngeh..

Kawan paling rapat masa sekolah dulu nilah salah sorangnya, Lily. Dari dalam perut lagi. Kawan Gaduh pastu baik pastu gaduh pastu baik…hehehehe…Antara yang paling rapat ngan kami ialah Ajim, Ijam Toman dan Epot (yang hilang entah kemana…rindu plak ngan epot)

Sahabat sekelas #5A2 , Eju. Antara yang rapat jugak…tapi rapat-rapat suam je…hehehehe….

Bersama pengelola Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Jamal. Kami tak sekelas tapi kenal dari sekolah rendah lagi. Bagi sesiapa yang ingin buat sumbangan boleh terus hubungi beliau 🙂

Kak Anie Morat yang still jelita dari dulu sampai sekarang. Dulu aku selalu ikut dia naik basikal ronda-ronda kampung. Nasib baik Kak Anie still ingat aku…hehehehe…

Gorjes sangat #bff aku ni kan? Merah menyala pakngah…hehehehehe….

Geng #SMBG79 #exSMBG96. Alhamdulillah…kahwin jugak #bff aku kan…..

Family #IBClans bersama pengantin 🙂

Buat #bff…Ajim dan Aiza, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Gembira bercampur syahdu, akhirnya #bff aku kahwin juga akhirnya. Aku harap jadilah ketua keluarga yang adil dan saksama. Aku doakan agar kau mendapat cahaya mata kembar seperti kau dan Azam. Jaga Aiza baik-baik tau. Jangan sesekali kau guris hatinya. Akhir kata, Semoga kau berbahagia sehingga ke Jannah. Amin.

p/s : dah ada bini jangan lupa bff kau pulak….hehehehehe…. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge