Resepi Rendang Ayam Mak Enab

Rendang Ayam ni memang masakan kegemaran keluarga aku. Tak kiralah hari raya atau hari biasa memang tak jemu nak makan. Bertahun jugak aku belajar mak untuk buat Rendang Ayam ni. Selalunya bila raya, cuma tolong kacau-kacau je rendang dalam kuali. Sejak  3 tahun ni, aku dah agak terror buat Rendang Ayam macam mak aku punya. Meh aku kongsikan resepi Rendang Ayam 🙂

Bahan-bahan untuk Rendang Ayam Mak Enab :-

Ayam seekor

Daun Kunyit

Daun Limau Purut

Santan (1 biji kelapa)

Kerisik 120gm

Garam secukup rasa.

Perisa tambahan secukup rasa (jika mahu)

Bahan-Bahan Kisar :-

Serai 5 batang 

Bawang Besar  8 biji 

Bawang Putih 10 biji 

Lengkuas 3 inci 

Halia 3 inci

Cili Kering 20 tangkai

Cara-cara masak Rendang Ayam Mak Enab :-

1.  Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Biarkan sehingga menggelegak.

2. Apabila kuah rendang menggelegak, masukkan ayam. Kacau dan tunggu hingga ayam lembut/empuk.

3. Kemudian, masukkan santan, garam dan perisa tambahan secukup rasa.

4. Apabila kuah rendang hampir pekat, masukkan kerisik. Kacau dan tunggu ayam benar-benar lembut/empuk.

4. Masukkan daun limau purut dan kunyit yang diracik. 

5. Apabila ayam telah lembut/empuk, tutup api. Jika anda suka rendang kering, tunggu hingga kuah rendang hampr kering baru tutp api. Aku lebih suka yang berkuah 🙂

Siap sudah Rendang Ayam Mak Enab 🙂

Selamat Mencuba!

6 thoughts on “Resepi Rendang Ayam Mak Enab”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge