Ikan Bakar Jalan Bellamy

Sudah agak lama tidak makan ikan bakar bersama-sama teman sepejabat. Ini adalah kali kedua aku makan Ikan Bakar Bellamy. Jalan Bellamy ini terletak di belakang Istana Negara, memang agak terkenal dengan ikan bakar. 

Kali ini giliran aku belanja teman sepejabatku. Aku pakat sharing dengan Kak Wani untuk belanja kawan-kawan makan Ikan Bakar Bellamy, Istana Negara. Itupun atas permintaan bos kami, En. Helmi. Nasib baik tak minta belanja kat hotel atau restoran yang mahal. Dahlah tengah bulan kan…pepaham jelah tengah pokai ni…..

Ada beberapa buah kedai ikan bakar di Jalan Bellamy ini. Sewaktu pertama kali kami ke sini, kami makan di kedai no. 3. Tapi kali ini, kami memilih gerai no. 1. Gerai Seri Menanti. Tempat ini memang selalu penuh…lebih-lebih lagi waktu tengahari. Bertabahlah nak cari parking….

Menanti ikan talapia masak. Muka penuh kelaparan.

Muka teruja menunggu ikan bakar….

Layankan aje Encik Peguam berdua tu….

Ada macam-macam jenis ikan bakar di Gerai Seri Menanti. Antaranya, ikan keli, ikan kembung, ikan pari, ikan jenahak, ikan talapia dan sotong bakar.  

Yang berbaju biru tu chambering baru department aku. Jimi namanya.

Muka kenyang dan puas hati. Mana taknya, sampai 2-3 ekor ikan bakar dah masuk perut…hehehehe….

Muka mintak bantal…kenyangggggg……

Gambar wajib dengan Abang Selfie…..

Pilihan aku. Ikan Bakar Talapia. Kalau makan ikan bakar, aku tak suka lauk-lauk lain. Cukup ada ulam pun memadai…..Orang kata kesedapan ikan bakar ni terletak pada kuah cecahnya. Bagi aku, kuah cecah dia sedap dan kena dengan tekak aku.Model baru Gerai Seri Menanti…hehehehe…

Bagi aku kira oklah Ikan Bakar Bellamy di Gerai Seri Menanti ni….berapa bintang mau kasi ya?????saya kasi 7/10 bintang….hehehehe….

banner_0041810_kurus_dengan_diet_atkins

8 thoughts on “Ikan Bakar Jalan Bellamy”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge