Happy Friday

Sekejap je cuti sekolah seminggu dah berlalu kan…begitu cepat masa beredar.

Cuti kali ni tak kemana-manapun. Lagipun, memang bukan amalan aku setiap kali cuti sekolah MESTI kena pergi bercuti. Anak-anak pun faham kenapa dorang kena duduk rumah je cuti sekolah kali ini. Tapi kalau ada extra money…boleh je pi bercuti kan…

Buat Balqis & Qayyum…terima kasih kerana faham situasi Babah & Mama. Kita tunggu cuti sekolah bulan 5 pulak ye. Jika ada rezeki lebih, bolehlah kita pi bercuti.

Awalnya, memang malas nak ambil cuti sebab tak kemanapun. Lagipun aku sayang pulak cuti aku yang tinggal 26 hari tu. Tapi akukan jenis tak sampai hati…kesian pulak bila anak tanya “Mama tak cuti ke?”. Jadi, Jumaat lepas aku pun ambil cuti sehari. Mulanya saja nak lepak-lepak kat rumah je ngan anak-anak….tapi…boring pulak. Lalu merayaplah kami ke Paradigm Mall. 

Kalau ke Paradigm Mall tak singgah Kaison memanglah tak sah! Mesti kena singgah sebab barangan kat situ comel sangat!

Kalau tak beli apapun, aku memang suka singgah Kaison ni. Tenang tengok benda-benda comel 🙂Kalau korang baru masuk rumah baru…memang molek sangat singgah Kaison ni. Macam-macam ada dan harga amat berpatutan.

Kalau korang adalah seorang yang kreatif dan inovatif…Kaison memang pilihan tepat untuk korang. Macam-macam benda-benda comel yang boleh kita buat craft…Patung-patung yang macam semua aku nak beli…comel sangat hokey….

Lepas ke Kaison, singgah Teh Tarik Place untuk isi perut. Awalnya nak tengok wayang, tapi adik aku ada hal plak…memakan jelah anak-anak ye….

Teh Tarik Place di Paradigm Mall.

Tak taulah sampai bila nak hilangkan ketagihan teh ni….huhuhuhu…Panas-panas ni elok sangat minum ais sejukkan…sampai tekak dah naik perit.

Roti Bakar untuk mak den…diet katanya….Tosai ni nampak serabai…tapi sedappp….Bihun goreng pilihan adikku…sedap gak…

Anak dara aku makan Nasi Goreng Biasa…Happy Friday……

Cukuplah untuk kegembiraan hari ini. Ada rezeki kita merayap lagi ek! Tapi rasanya lepas 1 April ni kena lebih berjimat kot…maklumlah…GST dah start. Akupun pening memikirkannya. Mana taknya…nak beli baju…kasut..groceries..semua kena tambah GST kan….Tunggu dan lihat jelah. Mungkin dengan adanya GST ni membuatkan aku lebih berjimat cermatkan….

4 thoughts on “Happy Friday”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge