Ahmad Farrel

Selamat Datang April. Bulan kesukaan hamba…..semoga lebih baik dari semalam. Mahu tak mahu…kita kena hadap jugak GST kan…..

Alhamdulillah….dah 5 hari Roro kat rumah nenek. Baik je perangai Roro. Tak buat konsert lagi. Macam faham dengan keadaan umminya. 

Adik aku, Moon..bersalin secara pembedahan sebab baby besar. Sebolehnya Moon nak bersalin normal tapi atas nasihat doktor dan bimbang baby akan sangkut, Moon redha jelah kena ceaser. Janji kedua-duanya selamat. Jumaat lepas, aku sempatlah jenguk Moon kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lepas balik kerja. Rempit ngan Pak Rashid…sekejap je sampai. Lagipun waktu melawat di Wad Bersalin dari jam 5.00 petang hingga 8.00 malam. Wad bersalin di PPUM ni terletak jauh sedikit dari Menara Utama. Dekat dengan surau PPUM. Dekat dengan tempat kerja abah dulu-dulu. Teringat nostalgia suka ikut abah pergi keja dedulu.

Hai…saya Roro 🙂 Berat saya 3.73 kg. Sorry..ummi sebab besar sikit dari Kakak Rara. 

Nenek dengan Roro, cucu lelaki keempat. Dah 6 orang cucu Nenek ngan Atuk….Nak lagi tak?hehehehe…

Muka 2 orang budak mintak adik……

Rasa bahagia macam dapat anak sendiri pulak…..

Setelah 3 hari di PPUM, Moon dibenarkan discharge. Kedua-duanya sihat walafiat. Aku ngan kakak Balqis pi jemput Moon kat PPUM. Kos bersalin secara pembedahan di PPUM cuma RM1,087.00. Murahkan…..

Orang kata kalau bersalin di hospital kerajaan/semi kerajaan ni ikut nasib. Kalau nasib baik, layanan pun baik. Kalau nasib takde ong, kena jugak layanan yang tak baik. Alhamdulillah, adik aku mendapat layanan yang tip top samada dari doktor mahupun jururawat di PPUM. Mungkin sebab adik aku ceaser, layanan tu lain macam sikit kot. Baby pun dorang jaga masa malam pertama. Kalau baby nangis pun, tekan je button kecemasan tu…nurse akan datang tolong kita. Rezeki adik aku kot…Allah permudahkan….

Budak yang suka pi hospital. Tak sabar nak tunggu Roro balik…

Roro tidur je kejenya….

Kesian tengok adik aku. Perut nampak macam ada sorang lagikan…Takpe…pantang ketat-ketat. 

Pengalaman keluarga aku bersalin secara ceaser. Kena banyak cari info tentang bersalin secara ceaser ni. Aku pun banyak tanya pengalaman kawan-kawan yang pernah bersalin ceaser. Memang nampak seksa kot kalau bersalin kaedah ceaser ni. Tak boleh gelak…batuk…terhentak…bertabahlah dik….Balik rumah banyak bibik tengah tunggu…kekekeke….

Ramai tanya…kenapa panggil Roro? Ini semua kerja makngah dorang. Kadang-kadang panggil Zara (kakak Roro), Rara….melekat pulak adiknya dengan panggilan Roro sampai dah lahir. Kekeekekeke….

Nama sebenar Roro ialah Ahmad Farrel Bin Muhamad Firuz. Maksud Farrel ialah Pahlawan. Semoga Farrel membesar sihat dan menjadi pahlawan buat Ummi dan Babah. Mamalong sayang Roro 🙂

4 thoughts on “Ahmad Farrel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge