Cara Urus Dan Tanam Uri Bayi

Salam readers semua. Hari ni akak nak ajar cara nak uruskan uri bayi. Buat panduan anak-anak akak jugak nanti. Kalau tak reti bukak je belog mak korang ni nanti…

Biasanya uri anak-anak akan diuruskan oleh bapak masing-masing. Tapi masa anak sulung aku dulu, sempatlah arwah buyut/nenek aku yang cucikan. Rindunya kat arwah nenek…..

Mak aku cuma monitor dan bagi arahan. Kalau tengok memang geli kot nak pegang uri manusia ni. Lembik-lembik macam hati ayam…. 

Seeloknya, uri bayi hendaklah diuruskan secepat mungkin. Jika tidak sempat sangat, simpan dalam peti ais dulu. Tapi orang dulu-dulu memang suruh uruskan secepat mungkin sebab uri bayi ni ibarat kembar bayi yang lahir tersebut. Jadi, kalau dilambat-lambatkan urusan menanam uri bayi, takut bayi meragam pulak.  

Inilah rupa uri Roro. Besar….patutlah Roro semangat…..Aku saja blurr kan…takut ada yang geli pulak nanti. Kata orang-orang tua…tengok kat tali warna putih tu…ada biji-biji warna hitam. Biji tu menunjukkan berapa orang anak kita nanti…kata orang tua-tua 🙂 

Bahan Untuk Uruskan Dan Tanam Uri Bayi :-

  1. Kain Bersih. Seelok-eloknya warna putih seperti kain lampin/tuala. Mak aku guna kain tuala biasa je.
  2. Asam keping secukupnya.
  3. Garam kasar secukupnya. 

 

Cara Uruskan Dan Tanam Uri Bayi :-

 

  1. Terlebih dahulu, cangkul lubang untuk menanam uri bayi tersebut.
  2. Kemudian baca Bismillah dan selawat ke atas nabi.
  3. Basuh uri sebersih-bersihnya sehingga hilang semua darah yang melekat pada uri tersebut.
  4. Tapiskan airnya terlebih dahulu.
  5. Letak uri dalam kain putih/lampin/tuala yang besar. Terlebih dahulu, tabur sebahagian garam kasar dan asam keping di atas kain putih tadi. Menurut mak aku, fungsi garam dan asam keping adalah untuk proses mengecutkan dan mengeringkan uri bayi tersebut. 
  6. Letak uri dan tabur lagi sebahagian garam kasar dan asam keping ke atas uri tersebut.
  7. Bungkus uri yang telah siap dibersihkan tadi.
  8. Masukkan bungkusan uri tersebut ke dalam lubang yang telah dicangkul tadi. Timbuskan. Pastikan lubang agak dalam bagi mengelakkan binatang menggali semula lubang tersebut. Menurut kata orang-orang tua, tanamlah uri di bahagian depan rumah, supaya semuanya di depan je….orang tua-tua katalah…mak aku suruh letak juga pensil dan buku…supaya pandai nanti dah besar.  
  9. Buat unggun api di atas uri yang telah di tanam tadi bagi mengelakkan binatang terhidu bau darah uri tersebut. Seelok-eloknya buat dalam 2-3 hari unggun api atas uri tersebut untuk proses pengeringan yang cepat. Mak aku kata, kalau selalu ada unggun api, cepatlah tanggal pusat baby tu…dan baby kurang meragam. Lagi-lagi mengelakkan binatang macam anjing/kucing mengorek balik uri tersebut.

Yang penting doa-doa ibu bapa. Petua orang lama sekadar hiasan je kan…adakala ada benarnya. Begitulah serba sedikit pengetahuan aku Tentang Cara Urus Dan Tanam Uri Bayi. Mudah-mudahan boleh diikuti oleh anak cucu kelak. 

PS : Terima kasih atas doa dan ucapan teman-teman semua pada Roro. 

2 thoughts on “Cara Urus Dan Tanam Uri Bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge