Nestle Fitnesses & Fruit

Dah lama aku peratikan Nestle Fitnesse & Fruit Cereal nie….dah amik letak balik…dah nak bayar..letak balik…fikir sepuluh kali lagik….huhuhuhu…

Apa perasaan korang kalau laki korang tiba-tiba belikan cereal ni?

A. Korang dah gemok?
B. Laki korang bg hint suruh diet?
C. Laki korang memahami korang sedang nak diet?
D. Laki korang memang tau korang kemut nak beli sendiri?

Mana satu jawapan korang….hehehehe…jawapan aku D 🙂

Sebab Pak Rashid ada instinct yang bini dia memang kemut nak beli benda memahal ni ngan duit sendiri. Tup-tup Pak Rashid dah belikan….Cium sepuluhkali lah kan….Sayang Abang ketat-ketat…..Dia faham bini dia yang perasan gemuk ni sedang acah-acah diet (pinjam ayat Izwa..hehehe)

Biasalah orang perempuan kan….orang lain tengok kurus jer…tapi kita sendiri yang tau tang mana yang sedang membesar bagai johan kan….takkan dah jadi macam incredible hulk baru nak menggogoi meratap menyesal….sebelum lebih rabak baik buat apa yang patut kan. Jangan salahkan pulak orang perempuan meroyan kata “EEE….Dah gemoklah…” walhal kita tengok elok je. Memang naluri perempuan camtu…

Aku berperasaan camtu pun bukan sebab Pak Rashid sibuk cakap aku gemok ke besar ke. Dia selalu bagi komen positif kat aku. Kalau aku kata, “Vontot dah besarlah bang” Jawab dia “Besarlah bestttt”….$%&# tak boleh pakai laki aku ni. Memang selama kahwin ni dia tak pernah merungut tentang bentuk badan aku. Cuma aku je yang terperasan. Yelaaa…selama ni perut takde tetiba umur meningkat ni…makin buncit plak. Makin kembang segala bagai. Dah aku malas nak bersenam…padan muka aku…kekekekeke…Mesti korang ada perasaan macam aku kan??? Perasan gemok $%#&…..huhhhhhhh…..

Aku kan selalu acah-acah diet. Sehari diet…esok kebulur…kalau korang rajin, tertib dan nak kurus bolehlah ikut TIPS BAKAR LEMAK DENGAN PANTAS Kalau betul-betul ikut penuh kesopanan, mesti korang bolehlah! Kalau korang malas macam aku…suruh je boypren/laki korang beli Nestle Fitnesse & Fruit Cereal. Makan tahunlah nak kurus….kekekekeke…   

 

 

 

3 thoughts on “Nestle Fitnesses & Fruit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge