Selamat Harijadi Abang

Akupun naik pening sebab dok fikirkan apalah nak bagi kat laki aku ni untuk hadiah harijadi tahun ni. Aku tahu, Pak Rashid bukan dok harap apa-apa pun dari aku. Simpan duit lagi bagus. Tapi aku tetap nak bagi gak…demi cintaku padamu…ahaksss…

Jangan ingat orang lelaki ni tak suka suprise. Suka beb!…

Macam tahun lepas, aku suruh budak ofis aku pi hantar hadiah kat Pak Rashid. Dan-dan Pak Rashid post kat facebook. Punyalah excited. Padahal tepon laki aku bukan ada internet data pun. Siap keluar dari ofis sikit. Pi sudut-sudut yang ada internet semata-mata nak tayang kat aku apa yang dia dapat. Bahagiakan laki dapat bini cam aku…bluekkkk….

Ini kisah kejutan tahun lepas. Aku bagi jam Fossil kat Pak Rashid. Alah membeli..menang memakai…tahan sampai sekarang…

Perfume ni aku bagi masa annivesary Mac ritu..boleh je nak cakap…hadiah harijadi sekali..tapi tak sampai hati…

Tahun 2015 ni, aku bagi kasut Vans buat Pak Rashid..tupun anak dara dia yang bagi idea. Biar babah nampak muda selalu…kekekekeke…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge