Hari Kantin SKSP 2015

Teringat lagi zaman sekolah rendah zaman 80an dulu. Hari Kantin memang aku tunggu sangat sebab nak tengok orang main silap mata. S.A. Bakar nama pemain silap mata tu….memang tiap-tiap tahun tak pernah miss tengok pakcik silap mata main silap mata. Dulu-dulu kalau nak tengok silap mata cuma RM0.50 je. Sekarang mana ada….

Bila tengok Hari Kantin sekarang memang berbeza dengan zaman dulu. Hari Kantin dulu meriah dengan makanan. Dah nama Hari Kantin kan…mestilah banyak makanan. Hari Kantin sekarang banyak main je….tapi dah nama budak-budak kan…itu yang dorang suka….

Anak bujang aku ni pelik sikit. Kalau takde peneman…memang dia taknak pergi walhal kupon dah beli sampai RM15. Nasib baik kakak Balqis nak pergi…tupun kawan-kawan dia pun ada….  

Aku ngan Pak Rashid duduk lepak tepi kelas sambil mengimbau kenangan zaman sekolah rendah aku…..memang sekolah zaman dulu lagi best dari zaman sekarang…..heheheheheh….nampak sangat dah kertu…

4 orang best friend forever….bekas-bekas anak didik SKSP….

Nampakkkkk….anak bujang akak tu asyik berkepit ngan mama atau kakak dia…ada je kawan-kawan dia tapi anak bujang akak ni memang tak pandai berkawan agaknya…..

Lantakkan muka badmood Qayyum tu. Nak masuk Rumah Berhantu tapi takmau beratur. Panaslah…ramai oranglah…dekat 2 kali aku ngan Pak Rashid menemankan dia beratur…akhirnya dapat masuk jugak Rumah Berhantu yang berharga RM2.50 …

Adik asyik mengekor kakak dia je..

Macam-macam ada di Hari Kantin SKSP ni. Tapi agak ralat sikit sebab harga makanan yang dijual agak kurang sesuai untuk budak-budak sekolah ni. Mahal sedikit. Mungkin pihak sekolah dapat mengambil tindakan susulan berkenaan hal tersebut kelak. Apapun memang enjoy……

2 thoughts on “Hari Kantin SKSP 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge