Jus Mangga 88 Taman Medan

Minggu lepas pergi majlis kahwin member Pak Rashid di Taman Medan. Dalam perjalanan tu dok whatsapp dengan group Copy Paste. Memasing tanya kedudukan memasing. Aku pun komenlah, aku berada di Taman Medan. Sorang member aku sibuk suruh try Jus Mangga 88. Selalunya ada Jus Jambu 88 je kan.

Memang dah nampak masa dalam perjalanan nak ke dewan orang kahwin tu…bila member kata sedap dan Jus Mangga 88 cuma ada di Taman Medan je….aku apa lagi…dengan sakit tekak yang tak baik lagi tu…gedik suruh Pak Rashid singgah beli Jus Mangga 88 tu.

Tula gerai Jus Mangga 88 yang terkenal di Taman Medan. Ada 2-3 gerai Jus Mangga 88 tu kat area Taman Medan.  

Jus Mangga 88 Taman Medan yang perghhhhhh!!!! sedap giler. Rasa pure mangga. Cuma RM2 je…..sapa teringin sangat silalah cari di Taman Medan. Tempat lain…belum skodeng lagikk….

1 thought on “Jus Mangga 88 Taman Medan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge