Update check up Qayyum

Salam readers! Lama tak ke udara…biasalah…asyik on off batuk selsema je…..bila dah gitu opkoslah kak nam tak mampu nak menulis kan…..Inipun kena balik selsema batuk tapi macam bersemangat sikit nak menulis sebab boring……

Ok…first sekali nak citer pasal arjuna beta…..20 April lepas, check up Qayyum di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sekarang ni, follow up check up Qayyum setahun sekali.

Appoinment pukul 2.00 petang tapi jam 1.00 petang dah standby kat PPUM. Kena register dulu baru dapat nombor. Jam 3.45 petang lebih kurang baru nombor dipanggil.

Kali ni Doktor berbangsa Cina yang check up Qayyum sambil dimonitor doktor senior. Setiap kali masuk bilik doktor, akulah yang menggigil. Tapi aku pura-pura maniskan muka sebab aku tak mahu Qayyum syak sesuatu.

Seperti biasa, doktor akan periksa keadaan kaki kanan Qayyum. Doktor suruh berjalan dan bengkok-bengkokkan kaki kanan Qayyum sambil tanya sakit atau tidak. Qayyum cuma geleng kepala. Aku dah pesan, kalau sakit cakap sakit jangan bohong. 

Kenyataanya, memang kaki Qayyum pendek sebelah. Aku redha. Tapi Qayyum? Aku tak pasti. Aku tak pernah tanya padanya sebab dia belum cukup faham untuk mengahadapi segala kemungkinan. Biarlah satu hari nanti, dia akan faham sendiri.

Tapi aku? Aku tak sanggup sebenarnya. Dah dua tiga kali dia tanya aku, adik OKU kan Mama? Hati ibu mana yang sanggup dengarkan (aku menangis ketika menulis entri ini. Dipejabat ok….lantaklah…kalau orang tanya…aku menguap). Bila dia tanya aku, jawapan aku…adik bukan OKU. Itu je yang mampu aku jawap. 

Seperti biasa juga, doktor beritahu kami…setakat ini kami (doktor) tidak boleh buat apa-apa lagi. Melainkan jika Qayyum akan rasa sakit di bahagian kaki kanannya, baru doktor akan bagitau nak buat apa. Aku tanya, nak buat apa kalau rasa sakit? Doktor terangkan, berkemungkinan akan buat pembedahan dibahagian tulang ankle yang telah dijoinkan sebelum ini. Berkemungkinan? Ya! Allah…doaku biarlah kaki Qayyum makin pulih dan membesar seperti biasa. Cukuplah derita dia sebelum ini.

Next appoinment April 2016 pulak…

p/s : kadang kala, kita perlu rasa gembira, suka, riang sebelum kita rasa sedih, duka, pilu…bukan bermakna jika kita nampak sangat-sangat bahagia kita tidak pernah menderita. Biarlah derita kita Tuhan saja yang tahu. Selagi boleh berbahagia, maka bahagialah sebahagia-bahagianya dan berdoalah agar kita bahagia sehingga akhir nafas kita.

 

5 thoughts on “Update check up Qayyum”

  1. DULU: OKU=Orang Kurang Upaya.

    SEKARANG: OKU=Orang Kelainan Upaya.

    Bukanlah masalah besar sebenarnya kalau kita mampu memanilpulasi fakta dan menjadikan sesuatu benda yang dipandang negatif menjadi positif, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    Cuba jadikan kekurangan sebagai satu kelebihan, kadang kala kita kena keluar dari zon selesa untuk cari zon yang lebih selesa.

    Saya hanya mampu memberikan pandangan dan kata-kata.
    Alongxp recently posted..Petua untuk tahan lamaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge