Selamat Hari Ibu 2015

Tidak kisahlah bila-bila boleh raikan Hari Ibu kan….janji tidak berlebihan atau songsang. Ada gak dengar sok sek sok sek pasal hari ibu ni…rasanya setiap kali hari ibu mesti isu ini akan keluar. Apapun yg penting ada hari yg buat para ibu rasa dihargai.

Pengorbanan Ibu memang tidak dapat dipertikaikan. Walaupun seorang insan yang kita gelarkan Ibu, Mak, Mama, Ummi atau Mummy sibuk dengan urusan harian…mereka tidak pernah akan mengabaikan anak-anak. Ada jugak yang tidak menunjukkan rasa kasih sayang mereka tapi dihujungnya nanti korang akan faham betapa sayangnya ibu kamu terhadap kamu.

Buat Mak, kami 3 beradik ingin mengucapkan Selamat Hari Mak. Maklah tempat kami mengadu dumba. Walaupun selalu gaduh…pastu baik balik…Mak tak pernah amik pusing. Mak tetap layan baik ngan kami. Sayang Mak ketat-ketat!

Selamat Hari Ibu buat semua Ibu di dunia. You’re super gorjes! 

p/s : Gembirakan Ibumu selagi dia boleh merasa gembira. Jika tiada lagi hari gembiranya, tiada guna kamu menggembirakan Ibumu. Terima kasih buat teman-teman yang selalu memberi kata-kata semangat untuk aku. Doakan agar aku menjadi ibu yang baik buat keluargaku. 

1 thought on “Selamat Hari Ibu 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge