Buah Mangga Harum Manis

Memang dah lama Mangga Harum Manis popular cuma aku rasa macam tahun ni je lagi popular sebab siap jual online lagi (ke aku yang ketinggalan zaman). Ramai yang cakap sedap giler Harum Manis ni….ada yang cakap manis giler Harum Manis ni….ada yang kata Harum Manis ni mahal harganya…Ok..fine! aku tergoda.

Aku pernah makan Harum Manis ni zaman tak popular sangat dulu. Ada sorang peguam kacak bagi aku dari Perlis. Namun begitu, aku dah lupa nikmat rasa Harum Manis ni…Maklumlah masa tu tak glamer lagi kan.Kebetulan ada expo Negeri Perlis kat Medan Mara ni, ada pulak jual Harum Manis, aku merengek ngan Pak Rashid pura-pura mengidam…ngeh!ngeh!….

dapatlah beli 2 biji dengan harga RM30 hengget (sekilo RM30). Merasalah sikit sorang nanti. Benda mahal memang sedap kan!

Sebenarnya aku pun tak tahu sangat camne rupa sebenar Harum Manis ni. Tapi aku berani beli sebab somebody orang besar Perlis yang merasmikan Expo Perlis tu (rasanya Sultan Perlis)…siap ada wartawan bagai…takkan berani depa tipu kan….

Memang sedap giler Harum Manis ni. Rasa manis lain macam. Rasa sedap lain macam. Tapi still tak faham kenapa mahal sangat harganya? Guna baja mahal ke? 

Kenapa Harum Manis Mahal???

1. Proses penjagaan yg sgt rumit. Jika pokok tidak dijaga.jangan harap dapat buah yang elok.Pokoknya mudah di serang penyakit..
2. Kos penjagaan yg tinggi (baja, racun, upah)
3. Kes buah kena curi. Masa buah nak matang Tuan kebun sanggup tunggu smpai subuh semata-mata nak jaga buah.
4. Berbuah sekali setahun dan bukan setiap tahun buah menjadi.
5. Permintaan yang tinggi. Orang Perlis sendiri pun tak sempat merasa.
6. Harum Manis hanya di Perlis. Negeri lain tidak mengalami musim panas yang panjang macam Perlis. Harum Manis perlukan cuaca panas yang panjang untuk berbunga dan berbuah..
 

info : Tokei Harum Manis

Ermmmm…baru tau kenapa Harum Manis ni mahal harganya. Tapi ternyata tak rugi membeli sedap memakan. Sapa belum cuba makan, baik pi cuba makan. Sedap gilerrrr 🙂 Rasa sebiji pun jadilah…..hehehehe…

Tips Beli Harum Manis : Buah yang ranum atau masak akan berbau harum menyelerakan.

Tambahan : Tak tau nak cakap rasa Harum Manis ni….rasa lemak manis, manis yang sedap sangat. Jika dibandingkan dengan mangga biasa memang berbeza mungkin dari segi lemak manisnya itu. Tak tau nak cakaplah…kena rasa sendiri baru tau…hehehehehe… 

8 thoughts on “Buah Mangga Harum Manis”

  1. perasan dari tahun lepas ada yg dah jual on9..tak pernah nak beli lagi .. erkk..takut tak berbaloi ke rasa sama macam buah mangga yang lain ekkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge