Melancong ke Vietnam dengan Asia Tour Vietnam

Masih ingat dengan kisah Syukri, orang Malaysia yang menjadi pengurus di Restoran Halal Saigon Seri Penang yang pernah aku cerita masa aku pergi Ho Chi Minh tahun lepas. Bulan lepas, bos aku En Helmi terjumpa Syukri di Restoran Halal Saigon Seri Penang tu. Ternyata Syukri masih ingat kat bos aku tu. Bos aku ingat Syukri still bekerja di restoran tersebut, rupanya Syukri dah melangkah lebih jauh dalam bidang pekerjaannya (sori bos…lupa bagitau). Aku bangga betul dengan Syukri. Sanggup berjauhan dari keluarga dan orang tersayang. Kalau aku dah menangis setiap hari kot…kecuali hari-hari dapat shopping…hehehehe….

Untuk makluman, Syukri telahpun bertukar pekerjaannya. Syukri kini menjadi Pengurus Kanan bagi agensi pelancongan di Ho Chi Minh iaitu ASIA TOUR VIETNAM

Korang jangan cari Syukri kat Seri Penang lagi tau…mesti korang frust nanti sebab memang tak jumpalah melainkan dia pi makan kat situ…hehehehehe…Pi cari Syukri kat Asia Tour Vietnam pulak.

Kalau korang rasa-rasa takut nak melancong ke Ho Chi Minh, boleh hubungi Syukri di nombor seperti yang di atas. Boleh kawtim dengan dia mana korang nak pergi nanti.  

p/s : entah bilalah lagi dapat ke Ho Chi Minh ni…huhuhu….

5 thoughts on “Melancong ke Vietnam dengan Asia Tour Vietnam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge