Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 1)

Assalamualaikum readers! Sekejap je dah hari Jumaat. Tak cukup sebenarnya berehat selama 4 hari. Seminggu baru okay kot…kekekeke..

Percutian ke Kuantan-Kemaman kali ini telah dirancang dari awal tahun lagi. Jadi, tiada alasan nak kata takde bajet ke apa ke sebab sudah dirancang awal. Pandai-pandailah sorok duit bawah tilam ke tikar ke 🙂 Itu cara aku kalau nak pi bercuti. Pasal hotel, memang diserahkan pada Abanglong Kawasan sebab dia adalah ahli hotel Swiss…memang tumpang sekakilah…hehehehe….

Perjalanan ke Kuantan-Kemaman kali ini disertai dengan 7 buah kereta dan seramai 31 orang ahli IB Clan. Kali ini tak semua yang ikut serta memandangkan masing-masing ada komitment lain.

Sebelum bertolak, kami berkumpul di tapak Pasar Malam Paya Jaras pada jam 7.30 pagi. Dimulai bacaan doa selamat oleh pakcik gorjes kami, Cik Sukeri. 

Makngah, Cik Ton dan mak aku Cik Nab 🙂

Adik kecik aku Moon dan sepupu kami, Cik Pika sambil dilihat Adam Bobok 🙂

#GengAkakGorjes 🙂 walaupun tak lengkap tapi tetap gorjes kan….hehehehe….

Bismillah….jam 8.45 pagi kami mula gerak menuju ke Kuantan 🙂 Pertama kali aku jejak kaki ke Kuantan dengan Pak Rashid. Kami berhenti sarapan pagi di perhentian Genting Sempah. Hampir 45 minit, kami meneruskan perjalanan dan berhenti rehat sebentar di hentian rehat Temerloh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan.   

Syukur, lebih kurang jam 12 lebih tengahari, kami selamat tiba di Swiss Garden Resort Residences Kuantan. Swiss Garden Resort Residences ini merupakan cawangan Swiss Garden yang baru di Kuantan. Satu lagi Swiss Garden Resort & Spa tidak jauh dari yang baru ini. Bezanya, hotel baru ini mempunyai kolam mandi yang lebih besar, lebih seronok, lebih best, lebih mencabar sebab ada slide bagai. Anak-anak suka…mak bapak lagi suka 🙂

Lepas AbangLong Kawasan dan KakLong Kawasan settled pasal kunci, alhamdulillah dapatlah kami check in cepat berbanding waktu check in sebenar adalah pukul 2 ke 3 petang (tak hengat..hehehe). Lepas tu,  AbangLong Kawasan dan KakLong Kawasan buat pengumuman bahawa bilik kami dah di upgrade ke Family Suite dan bukan Studio Suite seperti yang kami bayar. Omaigod!!!tak dapat bayangkan macamana rupanya Family Suite ni.

Kami semua ditempatkan di tingkat 2. Semua bilik berdekatan. Bila buka pintu bilik masing-masing….Wowwww!!!!

Jom! Tengok bilik dulu…..

Sila lihat wajah kegembiraan kami. Gembira kan? Lagi gembira bila secretary IB Clan dapat bilik yang ada balkoni menghadap swimming pool 🙂 Selain boleh tengok permandangan pool, balkoni ini juga menyediakan paip bagi memudahkan korang mengambil wudhuk. Suka bangat nihhhh!!!Terima kasih AbangLong Kawasan dan KakLong Kawasan.

BILIK FAMILY SUITE SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES, KUANTAN

Ooohhooooooo!!!! Besar giler Family Suite di Swiss Garden Resort Residences Kuantan ni. Mempunyai ruang tamu yang luas lengkap mempunyai sofa, televisyen dan kerusi makan. Nak bawak kaum keluarga yang ramai memang sesuai sangat. Boleh tidur reramai nie…. 

Ruang dapur pula dilengkapi sinki paip, microwave, peti ais dan ruang penyimpanan makanan yang luas. Memang sesuai untuk Mak Enab ni 🙂 Boleh main masak-masak…kekekekeke…..

Jangan lupa bawak periuk nasi macam mak aku buat selalu kalau pi bercuti. Jimat katanyaaaa….hahahaha….

Ruang tamu yang sangat selesa sambil boleh pantau anak-anak mandi di kolam mandi. Pada yang tidak gemar menggelapkan kulit, sesuai sangat lepak di ruang tamu ini sambil nonton cerita kegemaran anda.

Jika anda menempah bilik jenis Family Suite, bilik ini mempunya 2 bilik. Akak sukaaaaa……kekekekekeke. Boleh berhoneymoon…yehaaa!!! Yang atas ni bilik aku dan Pak Rashid. Terdapat satu katil besar dilengkapi almari baju dan meja solek. Memang selesa sangat. Teruja akak tau…. 

Ruang bilik air ini terletak berhadap bilik aku dan Pak Rashid. Lengkap dengan toiletries cuma ubat gigi kena bawa sendiri je 🙂 Tiada tab mandi cuma ada shower je. Oklah tu…dah berendam kat pool kan. Bilik ini sama sahaja dengan bilik air di dalam bilik anak-anak aku. 

Ini pulak bilik untuk Balqis dan Qayyum. Memang sesuai untuk dorang berdua. Tapi kami cantumkan katil tu untuk lebih selesa. Bilik ini juga mempunyai almari baju yang besar, almari solek, peti simpanan dan seterika juga disediakan di dalam bilik ini. Memang selesa.

Nampak?? Jom terjunnnnn!!!!

Swiss Garden Resort Residences, Kuantan

Jalan Kuantan-Kemaman

Mukim Sungai Karang

26100 Beserah

Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel : 09-518 2888

KLIK SINI UNTUK HARGA HOTEL SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES

2 thoughts on “Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 1)”

  1. Saya ada homestay disini, bilik yg sama saiz, menghadap laut/water park.
    Kemudahan semua ole digunakan, water park, sauna, gym dll.
    Harga sudah tentu lebih rendah.
    Hubungi/wasap saya, 0139225350 / 0199500535

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge