Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 2)

30 Mei 2015 (Hari Pertama)

Selepas selesai masukkan bagasi masing-masing kebilik masing-masing, semua sudah tidak sabar nak masuk kolam. Kolam mandi di Swiss Garden Resort Residences memang luas. Terdapat gelongsor untuk dewasa dan kanak-kanak. Itu yang membuat Swiss Garden Resort Residences Kuantan ini berbeza dengan hotel Swiss yang lain. 

Acu Faris jadi penjaga budak-budak kecik ni 🙂

 

Kolamnya jugak tidak terlalu dalam. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak kecuali bawah 6 tahun. Ada 2 kolam kanak-kanak yang disediakan di penjuru kolam utama ini. Sambil mak bapak bermandian boleh jenguk anak-anak yang kecil tu mandi. Mesra kolam kan….. 

Dua gelongsor gergasi ini adalah tarikan utama Swiss Garden Resort Residences Kuantan. Aku tak kira pulak berapa panjangnya tapi memang seramlah kalau akak yang naik. Dua tiga kali jugak aku cuba setelah dipujuk sepupu dan anak-anak. Sekali cuba memang best dan seronok. Kali ketiga cuba aku tenggelam tak timbul-timbul…terus trauma…kekekekeke….

Tarikan lain di Swiss Garden Resort Residences Kuantan ini adalah timba gergasi. Memang seronok sambil disimbah air dari timba gergasi ini. Kolam di bahagian timba gergasi ini pula lebih cetek dari kolam utama. Sesuai untuk kanak-kanak 1-6 tahun. Ada juga gelongsor disediakan.

Adik Moon ngan Farell cuma bergambar je lebih. Mana boleh mandi sakan lagi sebab baru 2 bulan habis pantang…hehehehe..sabar dik…nanti kita repeat lagi ek..

Cubaan menyelam sambil possing….kekekeke…banyak kali cuba nih…sampai tertelan bergelen-gelen air kolam….Nenek-nenek pun sama berendam 🙂

Peace 🙂

Memang puas hati mandi di kolam. Sampai rentung memasing. Jangan risau…safeguard ada untuk jaga korang cuma tiadalah setiap waktu dorang pantau sebab kolam mandi di sini mesra pengguna. Tuala untuk lap lepas mandi pun akan disediakan dibilik masing-masing. Korang bawak je turun tuala belang biru untuk lap badan. Jangan hilang pulak.  

2 thoughts on “Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge